Penyokong Trump rata-ratanya tak suka dengar lagu BTS, dedah satu kajian sebelum Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat

Image may contain: 8 people

Portal media CBS menerusi slot ‘This Morning’ mendedahkan kajian tentang kecenderungan muzik dalam kalangan pengundi menjelang pilihanraya presiden Amerika Syarikat pada 3 November 2020 ini.

Penyokong calon Demokrat, iaitu Joe Biden lebih suka mendengar muzik pop manakala penyokong calon Republican, Trump pula rata-ratanya lebih suka mendengar lagu bergenre ‘country’. Dalam menyenaraikan penyanyi pilihan mereka, Demokrat memilih Taylor Swift, BTS dan Bad Bunny manakala Republican pula lebih berminat dengan Trunpike Troubadours, Zach Bryan dan Casey Donahew.

Penyokong Demokrat lebih banyak tertempat di kawasan bandar dan suburban seperti New York serta serantau New England, Los Angeles serta serantau California dan Washington, Chicago serta serantau Illinois dan Michigan manakala penyokong Republican pula lebih tertumpu di kawasan pertengahan serta selatan Amerika Syarikat seperti Tennessee, Texas, Florida, Kansas, Alabama dan Georgia.

BTS baru-baru ini berjaya menduduki kedudukan no.1 di dalam carta Billboard Hot 100 menerusi Dynamite dengan mengekalkan penguasaan selama 3 minggu secara keseluruhannya. BTS sudah pun menghantar tujuh nominasi untuk dicalonkan ke dalam Anugerah Grammy ke-63 dan dijangka mengeluarkan album terbaru mereka pada November ini.

Sumber: sports khan

loading...