Lee Do Hyun buat penonton tidak tahan sebak dengan aksi berbahasa isyarat di dalam jtbc 18 Again

Image may contain: 4 people

Lee Do Hyun, pelakon muda yang berbakat ini, sekali lagi membuatkan penonton tidak keruan menyaksikan lakonan yang begitu emosi.

Lee Do Hyun yang membawa watak sebagai Ko Woo Young, remaja lelaki yang berubah fizikalnya dari lelaki dewasa berusia 37 tahun, Hong Dae Young (lakonan Yoo Sang Hyun) di dalam jtbc 18 Gain, dilihat melakukan aksi berbahasa isyarat, yang lazimnya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang pekak dan bisu di hadapan ayahnya, Hong Jong Man (lakonan Lee Byung Joon) setelah selesai bermain bola keranjang.

Yang membuatkan penonton bertambah sebak apabila Lee Do Hyun menonjolkan ekspresi mukanya menyedihkan ketika cuba berkomunikasi dengan harapan ayahnya dapat mengetahui identiti sebenarnya ialah Hong Dae Hyun. Gara-gara lakonan penuh emosi itu, ramai netizen menggesa supaya sentiasa sayangi ayah sendiri.

Disebutkan kepadanya tentang respon positif tersebut, Lee Do Hyun berkata, “Saya terima berbagai-bagai pujian ianya membuatkan saya semakin bersemangat. Terima kasih. Disebabkan pengarah dan abang senior banyak membantu saya membaca skrip bersama, saya tekad untuk cuba capai jangkaan itu.”

Ditanya pula tentang kepayahan melakonkan watak remaja dengan jiwa seorang ayah, Lee Do Hyun menambah, “Ia agak sukar bawa watak seorang ayah. Pada mulanya, saya cuba perhatikan gelagat ibubapa, berjumpa dengan ayah daripada kalangan kawan saya dan akhirnya cuba mendapatkan jawapannya daripada itu. Ketika dalam proses raptai, pengarah memberitahui saya tentang hati seorang ayah dan kasih sayangnya terhadap anak-anak perlu ditunjukkan dengan penuh ikhlas. Saya cuba untuk berlakon dengan imej Yoo Sang Yoon di dalamnya. Dari situ juga, saya selalu memikirkan tentang senior dan berlatih.”

Lee Do Hyun sebelum ini dipuji kerana lakonan yang mengagumkan di samping IU di dalam drama tvN Hotel del Luna.

“18 Again” merupakan drama Korea terbaru yang diadaptasi berdasarkan sebuah filem Amerika berjudul “17 Again” yang telah ditayangkan tahun 2009. Drama ini mengisahkan tentang seorang suami yang berada di ambang perceraian dan mendapati dirinya kembali dalam tubuhnya ketika dia berada di puncak kehidupannya 18 tahun yang lalu.

Kim Ha Neul akan membawakan watak Jung Da Jung, seorang ibu yang baru bekerja dalam bidang penyiaran setelah anak kembarnya telah membesar sehingga umur 18 tahun.  Dia seorang yang sangat baik hati dan sangat profesional dalam tugasnya. Yoon Sang Hyun pula akan memegang watak suami Jung Da Jung, yang berumur 37 tahun iaitu Hong Dae Young. Dia adalah suami yang dipandang rendah oleh keluarga, telah dipecat dari pekerjaan dan turut menyesali dirinya sendiri. Menambah kesedihan apabila Jung Da Jung meminta cerai daripadanya.

Pada satu ketika, tiba-tiba dia mendapati dirinya berubah menjadi seorang remaja berusia 18 tahun, namun fikirannya tetap pada usia 37 tahun. Lee Do Hyun membawakan watak Hong Dae Young ketika remaja. Ketika zaman remaja, dia merupakan seorang pemain besbol yang hebat dan sangat popular. Untuk mengelakkan identiti sebenarnya terbongkar, dia memperkenalkan diri sebagai Go Woo Young bagi meneruskan peluang kedua dalam kehidupannya. Apakah yang akan berlaku dengan Hong Dae Young. Mampukah dia berubah dan menyelematkan perkahwinannya?

jtbc “18 Again” dapat ditonton menerusi platfom maya, iQIYI atau Astro cenel 300 setiap hari Isnin dan Selasa selain cenel K-Plus Asia 24 jam selepas waktu tayangan di Korea.

Sumber: tenasia

loading...