BTS pecah rekod lagi selepas MV Dynamite capai 500 juta di Youtube dalam masa singkat

Image may contain: 7 people, people sitting

BTS melakarkan rekod sekali lagi selepas Dynamite mencapai 500 juta tontonan di Youtube dalam masa singkat.

Dynamite diiktiraf sebagai video muzik kesebelas yang terpantas mencapai 500 juta tontonan di Youtube dalam tempoh 59 hari dan 20 jam saja. Dynamite turut mengatasi rekod rakan senegara, Blackpink menerusi How You Like That sebelum ini yang mencapainya di dalam tempoh 73 hari sekaligus memecah rekod sebagai kumpulan kpop pertama berjaya berbuat demikian. Rekod terpantas mencapai 500 juta tontonan masih dipegang oleh Adele menerusi lagu “Hello” pada tahun 2015.

Selain Dynamite, sembilan video muzik BTS lain yang berjaya mencapai 500 juta tontonan ialah “DNA,” “Fire,” “Fake Love,” “MIC Drop (Steve Aoki Remix),” “IDOL,” “Dope,” “Boy With Luv,” “Blood Sweat & Tears,” dan “Save Me.” BTS dalam perancangan untuk mengeluarkan album studio kelimanya berjudul “Be” pada 20 November 2020 ini.

Sumber: mk news, kworb

loading...