6 seleksi drama terbaru Korea yang akan bersiaran sepanjang September 2020

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Gaiss, September is coming and yes we are still facing with pandemic Covid-19! Apapun, sebelum terlewat, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Jadi, pada 31 Ogos ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 dan kali ini temanya ‘Malaysia Prihatin’. Sambutan kali ini bersesuaian dengan norma baharu di mana tiada sambutan seperti kebiasaan di Dataran Merdeka dan ianya hanya akan disiarkan menerusi kaca TV sahaja. Acara perarakan serta perbarisan telah dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen. Ini semua bagi mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19 dipatuhi.

Well, drama Korea sentiasa ada untuk korang tonton biarpun ada diantaranya terpaksa ditangguh pengambaran ekoran pandemik Covid-19. Seperti biasa, ini dia 6 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang September ini. So, let’s check it out the list.

1. Lies of Lies (Channel A)

Channel A “Lies of Lies” adalah sebuah drama berkonsepkan melodrama yang penuh persoalan. Ia mengisahkan tentang bermulanya seorang wanita berpura-pura jatuh cinta kerana ingin menjadi ibu tiri kepada anak kandungnya yang telah dijadikan anak angkat oleh lelaki yang ingin dikahwininya.

Lee Yoo Ri membawakan peranan sebagai Ji Eun Soo, menantu kepada sebuah keluarga chaebol yang mendapati dirinya telah dituduh menjadi pembunuh suami sendiri dalam sekelip mata. Ji Eun Soo telah selamat melahirkan seorang anak perempuan ketika menjalani hukuman penjara dan dia hilang hak penjagaan anak. Anaknya kemudian telah diambil oleh seseorang untuk dijadikan sebagai anak angkat. Dia kemudian bertekad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi ibu kepada anaknya semula setelah dibebaskan.

Yeon Jung Hoon pula sebagai Kang Ji Min, seorang wartawan TV yang kelihatan dingin namun sebenarnya baik hati. Dia sangat tegas dan menyokong mereka yang dianggap sebagai orang buangan. Seorang wartwawan yang sangat dihormati kerana kemahirannya, namun dirumah dia merupakan seorang bapa tunggal kepada seorang anak angkat.

Ji Eun Soo kemudian bertemu dengan Kang Ji Min dan mengetahui dialah yang mengambil anaknya sebagai anak angkat. Untuk menjadi ibu kepada anaknya semula,  dia berpura-pura jatuh cinta dan cuba untuk berkahwin dengan Kang Ji Min.

Turut membantu drama ini adalah Lee Il Hwa yang mengambil peranan sebagai Kim Ho Ran, CEO syarikat D.O Cosmetics. Kim Ho Ran juga ibu mertua Ji Eun Soo, dan mereka akan menghadapi situasi yang tegang. Im Joo Eun sebagai bekas isteri Kang Ji Min iaitu Eun Se Mi dan keadaan bertukar menjadi serba salah apabila dia tutur terlibat. Manakala Kwon Hwa Woon sebagai Kim Yeon Joon, yang sangat jujur dalam bercinta dan mencuba sehabis baik untuk melindungi Ji Eun Soo.

“Lies of Lies” akan bersiaran di Channel A mulai 4 September pada setiap Jumaat dan Sabtu.

2. Record of Youth (tvN)

tvN “Record of Youth” adalah sebuah kisah mengenai perjalanan kehidupan anak muda yang berjuang untuk mencapai impian mereka dalam dunia peragaan. Drama ini turut menyorot kisah mereka dalam mencari cinta di dunia permodelan yang penuh cabaran.

Park Bo Gum akan memegang watak sebagai Sa Hye Joon, seorang yang kacak, berpelajaran tinggi serta memiliki budi pekerti yang baik. Impiannya adalah untuk menjadi pelakon tetapi beberapa kali percubaannya di dalam siri uji bakat sering menemui kegagalan. Maka, Sa Hye Joon terpaksa meneruskan kerjaya sebagai model. Park So Dam pula akan memegang watak sebagai An Jung Ha, seorang jurusolek artis ditugaskan untuk memastikan model-model kelihatan sempurna di hadapan kamera. An Jung Ha seorang yang rajin, tekad dan matlamatnya untuk mengatasi rasa tidak yakin diri serta menjadi seorang jurusolek artis yang berjaya hasil usahanya sendiri. Manakala Byun Woo Seok pula sebagai Won Ha Hyo, rakan model kepada Sa Hye Joon yang mahukan pengiktirafan terhadap usahanya yang tekad selama ini. Biarpun dilahirkan dalam keluarga yang berada, Won Ha Hyo tidak mahu menumpang tuah nama keluarga dan ingin berjaya dengan titik peluh sendiri.

Drama ini bakal mendapat khidmat PD Ahn Gil Ho, yang sebelum ini pernah mengarahkan projek hebat seperti TvN “Forest of Secrets” (atau turut dikenali sebagai “Stranger”), tvN “Memories of the Alhambra,” dan OCN “Watcher.” Manakala skripnya akan dinukilkan oleh Ha Myung Hee yang sebelum ini menghasilkan SBS “Doctors” dan SBS “Temperature of Love.”

“Record of Youth” akan mengisi slot drama tvN pada setiap Isnin dan Selasa mulai 7 September ini. Drama ini akan menggantikan “My Unfamiliar Family”.

3. Eighteen Again / 18 Again (JTBC & K-PLUS)

“Eighteen Again” merupakan drama Korea terbaru yang diadaptasi berdasarkan sebuah filem Amerika berjudul “17 Again” yang telah ditayangkan tahun 2009. Drama ini mengisahkan tentang seorang suami yang berada di ambang perceraian dan mendapati dirinya kembali dalam tubuhnya ketika dia berada di puncak kehidupannya 18 tahun yang lalu.

Kim Ha Neul akan membawakan watak Jung Da Jung, seorang ibu yang baru bekerja dalam bidang penyiaran setelah anak kembarnya telah membesar sehingga umur 18 tahun.  Dia seorang yang sangat baik hati dan sangat profesional dalam tugasnya. Yoon Sang Hyun pula akan memegang watak suami Jung Da Jung, yang berumur 37 tahun iaitu Hong Dae Young. Dia adalah suami yang dipandang rendah oleh keluarga, telah dipecat dari pekerjaan dan turut menyesali dirinya sendiri. Menambah kesedihan apabila Jung Da Jung meminta cerai daripadanya.

Pada satu ketika, tiba-tiba dia mendapati dirinya berubah menjadi seorang remaja berusia 18 tahun, namun fikirannya tetap pada usia 37 tahun. Lee Do Hyun membawakan watak Hong Dae Young ketika remaja. Ketika zaman remaja, dia merupakan seorang pemain besbol yang hebat dan sangat popular. Untuk mengelakkan identiti sebenarnya terbongkar, dia memperkenalkan diri sebagai Go Woo Young bagi meneruskan peluang kedua dalam kehidupannya. Apakah yang akan berlaku dengan Hong Dae Young. Mampukah dia berubah dan menyelematkan perkahwinannya?

Turut membantu adalah Kim Yoo Ri dan Lee Ki Woo yang membawakan watak Ok Hye In dan Choi Il Kwon, guru di Serim High School. Wi Ha Joon memegang watak Ye Ji Hoon, pelempar bola besbol profesional. Kim Kang Hyun dan Lee Mi Do yang sering kali membawakan watak komedi akan ditampilkan dengan watak serius dalam drama ini. Manakala, Noh Jung Ui, Ryeo Woon, Bomin Golden Child, dan Hwang In Yeob akan melengkapkan barisan pelakon sebagai pelajar Serim High School.

“Eighteen Again” atau “18 Again” mula bersiaran pada 7 September bagi mengisi slot drama Isnin dan Selasa. Drama ini akan sedia bersiaran dirangkaian JTBC. Drama ini juga boleh ditonton menerusi K-PLUS pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8 malam mulai 8 September depan. Ia akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea.

4. Private Lives (JTBC)

“Private Lives” merupakan sebuah drama yang segar, di mana mana kisahnya disesuaikan dengan zaman sekarang. Di mana kini ramai orang berkongsi, mencuri serta mereka-reka kehidupan peribadi mereka. Drama ini lantas menceritakan tentang sekelompok penipu yang mampu mengadaptasi semua teknik untuk mendedahkan kehidupan peribadi seseorang, tidak kira siapa dan apa.

Go Jung Pyo akan membawakan watak sebagai Lee Jung Hwan, seorang pengurus disebuah syarikat besar. Lee Jung Hwan digambarkan seorang yang biasa sahaja, namun mempunyai perwatakan misteri dan menyimpan banyak rahsia. Seohyun pula melakukan transformasi yang mengejutkan apabila melakonkan watak Cha Joo Eun, seorang yang tidak tahu malu dan kurang ajar, serta seorang penipu yang melakukan penipuan demi meneruskan kehidupan. Siapa sangka Lee Jung Hwan dan Cha Joo Eun saling bercinta. Hubungan mereka nampak sempurna, namun perilaku sebenar mereka terdedah sikit demi sedikit sehinggakan akhirnya mereka menyedari bahawa mereka saling berbohong selama ini.

Manakala Kim Hyo Jin akan memainkan peranan sebagai Jung Bok Gi, seorang penipu profesional yang berpewatakan elegan dan dingin. Kim Young Min pula membawakan watak sebagai pasangan penipu Jung Bok Gi, iaitu Kim Jae Wook.  Walaupun Kim Jae Wook adalah rakan perniagaan Jung Bok Gi dalam dunia jenayah, jauh di dalam hatinya dia juga mempunyai cita-cita yang berbeza. Satu ketika, keduanya saling bermusuh sehingga menjadikan keadaan bertambah konflik.

“Private Lives” akan mula bersiaran pada 16 September depan bagi mengisi slot drama dirangkaian JTBC. Drama ini ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis. Ini merupakan drama pertama Go Jung Pyo sejak tamat khidmat tentera dan turut menjadi drama pertama dalam tempoh lapan tahun bagi Kim Hyo Jin.

5. More Than Friends (JTBC)

“More Than Friends” adalah sebuah karya bertemakan kisah cinta dua orang sahabat yang saling jatuh cinta selama 10 tahun. Ia mengisahkan seorang wanita yang telah memendam perasaan cinta buat sekian lama dan seorang lelaki yang akhirnya sedar perasaan cinta yang semakin berkembang.

Ong Seung Wu melakonkan watak Lee Soo, seorang jurugambar kacak dan berbakat tetapi tidak mempunyai pendirian tetap dalam hal-hal membabitkan hubungan cinta. Kehidupannya sentiasa tenang sehinggalah kehadiran Kyung Woo Yeon mula menusuk perlahan-lahan ke dalam hatinya. Shin Ye Eun pula membawakan watak Kyung Woo Yeon, yang nafi dalam soal cinta sehingga tak berani untuk meluahkannya di depan lelaki yang dicintainya sejak 10 tahun lalu. Namun, kemunculan Lee Soo secara tiba-tiba di dalam hidupnya yang sudah berpunya selepas 10 tahun kemudian, menyebabkan Woo Yeon berasa berbelah bagi.

Manakala, Kim Dong Jun sebagai Ohn Joon Seo yang datang ke dalam hidup Woo Yeon sebagai CEO syarikat buku dengan resume membanggakan, tetapi terpaksa menerima hakikat bahawa satu-satunya wanita yang telah membuka hatinya yang telah berduka selama ini, bakal direbut oleh jurugambar yang tidak diketahui olehnya tentang asal-usul.

Turut membantu drama  ini adalah Block P.O (Block B) sebagai Jin Sang Hyuk yang mengisahkan sebuah bar yang dinamakan Tonight. Jin Sang Hyuk seorang positif, dan kadang kala bersifat keanak-anakan. Namun dia seorang sahabat yang setia. Selain itu, turut membantu adalah Ahn Eun Jin sebagai Kim Young Hee, seorang yang mempunyai mulut berbisa, namun kenyataannya adalah satu kebenaran. Teman lelaki selama 10 tahun Kim Young Hee, iaitu Shin Hyun Jae akan dilakonkan oleh Choi Chan Ho. Shin Hyun Jae seorang guru yang mana keluarganya juga berlatar belakangkan pendidik. Baek Soo Min pula membawakan watak seorang pendakwa raya, yang juga sahabat karib Kyung Woo Yeon. Dia seorang yang hebat dan boleh menyelesaikan apa saja masalah yang diberikan, kecuali bercinta. Dia gemar ke bar Tonight untuk menikmati minuman.

Drama ini mendapat khidmat PD (producing director) Choi Sung Beom yang pernah mengarahkan “My ID Is Gangnam Beauty” dan skripnya dihasilkan oleh penulis skrip baru Jo Seung Hee. “More Than Friends” akan mula bersiaran pada pertengahan September setelah drama “Graceful Friends” berakhirnya. Drama ini akan mengisi slot tayangan dirangkaian JTBC pada setiap Jumaat dan Sabtu.

6. The School Nurse Files / School Nurse Ahn Eun Young (Netflix)

Drama ini adalah berdasarkan novel yang telah memenangi anugerah karya Jung Se Rang “School Nurse Ahn Eun Young”. “The School Nurse Files” atau “School Nurse Ahn Eun Young” adalah bertemakan fantasi, mengisahkan Ahn Eun-young (Jung Yu-mi), seorang jururawat yang bekerja di sebuah sekolah dan memiliki kemampuan istimewa apabila dia dapat melihat makhluk-makhluk yang berbentuk jeli. Ahn Eun Young akan cuba  mengusir hantu dengan cara yang kreatif dan lucu. Dia bekerjasama dengan Hong In Pyo, seorang guru yang memiliki aura tenaga yang luar biasa yang melindunginya, untuk mengusir roh jahat dan menyelesaikan misteri serta membongkar kebenaran.

Nam Joo Hyuk membawakan watak Hong In Pyo, seorang guru bahasa mempunyai kuasa pelindung yang kuat. Beliau adalah seorang tokoh berpengaruh yang mula bekerja di sekolah yang ditubuhkan oleh datuknya. Makhluk-makhluk jeli tersebut merupakan gambaran dari pelbagai hal negatif yang dibebaskan oleh In-pyo secara tidak sengaja ketika dia membuka tempat penyimpanannya di ruang bawah tanah sekolah.

Ahn Eun Young sering kelihatan berbeza oleh para pelajar kerana jeli tersebut sering menggangunya. Untuk melindungi para pelajar dan mereka yang berada disekitar sekolah, Ahn Eun Young dan Hong In Pyo akan bergabung dalam mengusir makhluk-makhluk jeli ini. Mereka juga akan bekerjasama dalam membongkar kejadian misteri jeli-jeli tersebut.

“The School Nurse Files” akan ditayangkan menerusi Netflix mulai 25 September depan. Drama ini akan diarahkan oleh Lee Kyung Mi, yang pernah mengarahkan filem “The Truth Under” dan “Crush and Blush.” ​​

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys! Apapun, please wearing your mask especially in the public, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness)

loading...