Mariah Carey, penyanyi lagenda bervokal lantang ini ter’suka’ pada Jimin BTS

Image may contain: 2 people

Bintang pop lagenda sepanjang zaman, Mariah Carey menyatakan rasa minatnya dengan meletakkan tanda “suka” pada lagu Beautiful nyanyian Mariah Carey yang dipilih oleh Jimin BTS.

Pada 26hb Ogos 2020, seorang peminat berkongsikan pautan video pendek ‘Beautiful’ daripada Jimin BTS yang telah diubahsuai dan kemudiannya diletakkan tanda suka oleh Mariah Carey. Melalui video berkenaan, Jimin memainkan lagu ‘Beautiful’ atas permintaan peminat untuk disarankan beberapa buah dalam sesi siaran langsung dengan VLive pada 20 Oktober 2019. Jimin berkata dalam video pendek itu, “Dapat dengar tak? Lagu ini tiba-tiba muncul dalam ingatan.”

Ini juga bukan kali pertama selebriti luar negara menyatakan minat mereka pada Jimin BTS. Matthew Bourne, seorang selebriti terkemuka di United Kingdom, pernah mengulau kicau (retweet) video persembahan Jimin di 2016 SBS Gayo Dajeon dan mendapat perhatian peminat ARMY.

Mariah Carey merupakan penyanyi lagenda dari Amerika Syarikat yang diakui atas suaranya yang lantang dan merdu. Sepanjang aktif berkarya, Mariah Carey telah berjaya mencapai kedudukan no.1 sebanyak 19 kali di dalam carta Hot 100 Billboard membuktikan pengaruhnya yang sangat luar biasa di negara kelahirannya.

Sumber: money today

loading...