Mampukah Blackpink benamkan rekod dunia yang baru dicipta oleh BTS dengan single duet ‘Ice Cream’ pula?

Image may contain: 5 people, selfie and closeup

Sudah semestinya ramai tidak sabar menantikan buah tangan terbaru daripada Blackpink setelah single pertama, ‘How You Like That’ mencatatkan kejayaan sungguh mengagumkan baik di Korea mahupun di persada dunia.

Single kedua, ‘Ice-Cream’ , duet bersama dengan Selena Gomez ini mendapat sentuhan Ariana Grande yang mengesahkan dirinya terlibat secara langsung sebagai salah seorang komposer atau penulis lirik. Ia dicanang-canangkan sebagai lagu bercirikan kewanitaan dan merupakan lagu duet ketiga Blackpink bersama artis luar negara selepas Dua Lipa dan Lady Gaga. Namun, yang ditunggu-tunggu sudah pasti samada Blackpink mampu membenamkan rekod dunia yang baru dicipta oleh BTS di Youtube menerusi lagu Dynamite dengan tontonan sebanyak 101.1 juta orang di dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod terdahulu dibuat oleh Blackpink menerusi How You Like That. Sejarah kedua-dua kumpulan kpop ini yang saling membenamkan rekod tontonan tertinggi di Youtube antara mereka, adalah sesuatu yang menarik untuk diikuti. Lihat dalam jadual di bawah bagaimana peminat BLINKS dan ARMY berentap bagi memastikan idola dambaan mereka sentiasa ke hadapan dalam memastikan rekod mereka sukar untuk dicabar oleh mana-mana artis lain di seluruh dunia selain mereka.

‘Ice-Cream’ akan dipertontonkan mulai 28 Ogos 2020 sebelum tarikh pelancaran album pertama kumpulan kpop itu, iaitu ‘Blackpink: The Album’ pada 2 Oktober 2020.

1. Ddu-Du Ddu-Du – Blackpink

(36.2 juta)

Idol – BTS

(45.9 juta)

June 15, 2018 – August 24, 2018 *Ketika ini, Taylor Swift masih menyandang rekod berkenaan dengan Look What You Made Me Do. Namun, rekod Taylor Swift itu akhirnya dipecahkan oleh Idol daripada BTS dengan Ddu-Du Ddu-Du daripada Blackpink pula menunjukkan peningkatan ketara popularitinya dalam kalangan peminat antarabangsa.
2. Kill This Love – Blackpink

(56.7 juta)

Boy with Luv – BTS (ft. Halsey)

(74.6 juta)

April 5, 2019 – April 12, 2019 *Rekod Thank You Next daripada Ariana Grande dipecahkan oleh Kill This Love daripada Blackpink. Namun seminggu kemudian, BTS pula menyailang rekod cantik dibuat oleh Blackpink. BTS lama memegang rekod ini sehinggalah dipecahkan oleh How You Like That lebih setahun kemudian.
3. How You Like That – Blackpink

(86.3 juta)

Dynamite – BTS

(101.1 juta)

June 26, 2020 – August 21, 2020 Sesudah Dynamite mencipta sejarah pada 21 Ogos 2020 lalu, kini mungkin tiba masanya untuk Ice-Cream pula memotong rekod BTS berkenaan.
loading...