Ariana Grande bantu tapaukan aiskrim buat Selena Gomez & Blackpink

Image may contain: 5 people, people standing

Ariana Grande mengesahkan bahawa dirinya terlibat secara langsung sebagai salah seorang komposer atau penulis lirik untuk lagu duet terbaru Blackpink, Ice Cream bersama dengan Selena Gomez.

Pengumuman itu dibuat oleh Ariana Grande menerusi instastory dengan berkata, “Bangga dengan kumpulan ini, betul-betul bangga!!! Sayang sangat pada kumpulan ini dan juga gabungan wanita ini!!!. Ariana Grande turut menyertakan Selena Gomez, Blackpink, Tommy Brown, Victoria Monet, dan Mr. Franks. Tommy Brown juga mengiyakan pengumuman Ariana Grande dengan mengesahkan penyanyi itu terlibat sebagai salah seorang komposer atau penulis lirik. “Hebat! Aku, Franks dan Teddy makin menggila!!!, dan bilangan kekuatan wanita di dalam ini sukar untuk ditandingi,” kata Tommy Brown.

Ice Cream merupakan single kedua Blackpink menyusul ‘How You Like That’ dan bakal dikeluarkan menjelang 28 Ogos 2020 sebelum tarikh pelancaran album pertama kumpulan kpop itu, iaitu ‘Blackpink: The Album’ pada 2 Oktober 2020.

Sumber: cna

loading...