Merintih kehilangan mendiang Sulli, Kwon Mina AOA bertindak sesuatu di luar jangkaan ke atas dirinya sekali lagi

Image may contain: 1 person, closeup

Kwon Mina, bekas ahli AOA, hampir cuba membunuh diri sekali lagi selepas merintih rindu akan kehilangan sahabat karibnya, mendiang Sulli dan tidak dapat menerima penjelasan daripada pihak FNC Entertainment dalam rundingan mereka berhubung kes buli yang didakwa pernah dilakukan oleh Jimin AOA ke atasnya.

Pada jam 3 pagi 6 Ogos 2020, Mina berkongsikan gambar lamanya ketika berada di dalam AOA sambil berkata, “Jinri, Aku rindu sangat kat kau.” Netizen sepakat Jinri dimaksudkan oleh Mina ialah mendiang Sulli.

Kemudian, penyanyi itu membuat status menggemparkan pada awal pagi tadi 6 Ogos 2020 bahawa dia melukakan kembali pergelangan tangannya yang sudah berparut sebelum ini selepas cubaan wakil FNC untuk berunding dengannya  tidak kesampaian. Kwon Mina dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan media yang berpihak pada pihak FNC dan mengatakan Jimin pernah cuba merayu kepadanya untuk dimaafkan.

“Macam mana aku senang-senang nak terima mohon maaf daripada seorang yang datang dengan mata terbungkang tanya mana pisau dan tidak ingat pun kejadian itu? Aku tak boleh terima,” kata Mina.

Baca lagi : Kwon Mina dakwa hampir bunuh diri selepas dibuli teruk oleh bekas rakan sekumpulan AOA, Jimin

“Aku sangat terkejut dengn pendedahan wakil FNC itu sampaikan aku cederakan balik diriku. Lantas adik pengurusku datang temuiku pagi tadi dan bawaku terus ke hospital…. Hak untuk dimaafkan sudah pun berlalu dan aku berharap agensi bertimbang rasa pada pelatih, anak buah mereka supaya kejadian seperti aku ini tidak berulang lagi,” sambungnya lagi.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: OSEN

loading...