Dulu bangga mengaku lesbian, kini Som Hye In umum sudah putus dengan bekas kekasih

Image may contain: 1 person, closeup

Som Hye In mengumumkan bahawa hubungannya dengan bekas kekasih sejenis sudah terlerai selepas setahun.

Dalam satu pendedahan dibuat di dalam instagram-nya, Som Hye In berkata, “Aku tak tahu macammana nak cakap. Aku sudah putus dengan seseorang yang sanggup bersama denganku ketika aku dedah hubungan ini secara terbuka. Ketika itu, ramai cuba ambil tahu tentang hubungan kami. Macammanapun, dia tetap berada di hatiku. Terima kasih kerana menyokong kami selama ini.”

Baca lagi:  Bangga mengaku lesbian, Som Hye In “Idol School” tak kisah memperjudikan nasibnya

Sebaik saja mendedahkan hubungan mereka secara terbuka, Som Hye Im memberikan amaran bahawa dia akan mempertahankan mereka yang tertindas akibat kecaman berterusan terhadapnya. “Aku memang biseksual. Jadi, sesiapa yang tak suka dan kecam kerana baginya jelas haram, aku tak mahu orang sangka ‘biseksual’ itu buruk kerana aku. Aku juga tak mahu orang serang awek aku,” katanya.

Lahir pada tahun 1996, Song Hye Im menyertai rancangan realiti tv Mnet, ‘Idol School’ pada tahun 2017 tetapi terpaksa keluar awal kerana masalah kesihatan. Dia juga pernah menjadi model untuk beberapa muzik video nyanyian penyanyi rap.

Sumber: donga

loading...