Amaran untuk Idol Star Athletics Competition (ISAC), peminat tak sukalah tengok idol lelaki & perempuan duduk bercampur satu sama lain

Image may contain: 11 people, text that says '8 2020 아이돌스타 ★★★★★★★ 선수권대회 মग 5 2020 설특집 아이돌스타 선수권대회 MBC'

2020 Idol Star Athletics Championships bakal diadakan pada hari Chuseok (awal Oktober depan) tanpa kehadiran penonton kerana wabak pandemik Covid-19. Idol Star Athletics Championships ialah pertandingan sukan tahunan diadakan bagi menyuburkan persaingan sihat di antara idol-idol kpop.

“Kami akan patuhi larangan ditetapkan bagi memastikan idol-idol yang bertanding sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa,” kata pihak penganjur yang memberi jaminan bersedia dengan kumpulan perubatan sekiranya terjadi apa-apa kes kecemasan. Sukan memanah dan Esport tetap dibuat memandangkan had penjarakan sosial dapat dikekalkan sesama mereka manakala sukan-sukan lain seperti olahraga dan bola keranjang mungkin terpaksa diteliti terlebih dahulu penganjurannya.

Namun, sebilangan peminat melahirkan rasa tidak senang dengan keputusan pihak penganjur yang tetap mahu mengadakan pertandingan di sebalik pihak kerajaan untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“Takkanlah idol pun imun kepada Covid-19?… Sekarang, peminat pun tak dapat datang saksikan mereka, senang-senang lah idol lelaki dan perempuan duduk bercampur sesama sendiri tanpa rasa bimbang,” kata salah seorang netizen seperti dipetik oleh portal Allkpop. Kebimbangan segelintir peminat ini ada logiknya memandangkan kemesraan terjalin ketika pertandingan seumpama ini tanpa amaran daripada mereka dikhuatiri akan membawa kepada hubungan lebih rapat di kemudian hari.

Sumber: allkpop

loading...