Demi sebuah persembahan yang ikonik, BTS sah gegarkan pentas Video Music Awards (MTV 2020) hari merdeka nanti!

Image may contain: 7 people, people standing

BTS disahkan akan menggegarkan pentas Video Music Awards atau lebih dikenali sebagai MTV Awards yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2020, jam 10.00 pagi nanti.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Big Hit sebentar tadi dengan single terbaru ‘Dynamite’ yang berbahasa Inggeris sepenuhnya akan dipersembahkan ketika majlis anugerah itu berlangsung. Dynamite dikeluarkan seminggu sebelumnya pada 21 Ogos 2020. Dalam 2020 MTV Awards, BTS turut tercalon di dalam tiga kategori penting iaitu Best Choreography, Best Pop dan Best K-Pop melalui lagu “ON” yang dipetik daripada album Map of The Soul 7. Untuk kategori Best Kpop , BTS bersaing dengan Monsta X (Someone’s Someone), Exo (Obsession), (G)I-dle (Oh My God), Red Velvet (Psycho), dan TXT  (“9 and Three Quarters (Run Away”)).

Difahamkan ini juga persembahan sulung BTS di dalam anugerah berprestij itu setelah tidak hadir pada tahun sebelumnya untuk menerima anugerah Best Group dan Best Kpop. Selain Grammy Awards, pentas Video Music Awards sering dijadikan tempat untuk penyanyi-penyanyi terpilih menyerlahkan kreativiti di dalam persembahan mereka sehingga menjadi ikonik, antaranya Madonna, ‘Like a Virgin’ (1984), Britney Spears, ‘I’m a Slave 4 U’ (2001), Eminem, ‘The Real Slim Shady’/’The Way I Am’ (2000), Beyoncé, ‘Baby Boy’/’Crazy in Love’ (2003) dan Lady Gaga, ‘Papparazi’ (2009).

Sumber: eoline

loading...