Ikatan cinta pelakon “SKY Castle” Kim Bo Ra & Jo Byung Gyu, terlerai akhirnya

Image may contain: one or more people

Hubungan cinta yang terjalin antara Kim Bora dan Jo Byung Gyu telah terputus di tengah jalan.

Agensi kedua-duanya mengesahkan laporan sebuah media pagi tadi bahawa mereka telah berpisah baru-baru ini. Agensi MoMent Global yang mewakili Kim Bora berkata, “Mereka pernah rapat, tapi akhirnya berpisah dan kembali menjadi rakan biasa.”  Agensi yang mewakili Jo Byung Gyu pula berkata, “Mereka berpisah kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.”

Kim Bora dan Jo Byung Gyu menyulam kasih sejak membintangi drama jtbc Sky Castle bersama-sama menyebabkan kedua-duanya secara terbuka mengesahkan hubungan mereka pada Februari 2019. Kini, Kim Bora dilihat sedang menyertai drama terbaru terbitan MBC, “SF8” selepas bergandingan bersama dengan Jo Sang Wook di dalam Channel A Touch.

Sumber: donga

loading...