Yoon Shi Yoon, Kyung Soo Jin & Shin So Yul sah bintangi drama fiksyen fantasi, OCN ‘Train’

Yoon Shi Yoon, Kyung Soo Jin dan Shin So Yul telah mengesahkan penglibatan mereka di dalam drama terbaru OCN berjudul, ‘Train’.

OCN Train yang merupakan drama bertema fiksyen suspen, berkisarkan tentang pertembungan seorang pembunuh bersiri dengan seorang lelaki yang kesedihan akibat kematian kekasihnya. Lelaki berkenaan berazam mahu melindungi wanita yang sama dari dimensi berbeza daripada terbunuh sekali lagi.

Yoon Shi Yoon akan membawakan watak sebagai Seo Do Won, ketua pasukan tiga kumpulan terhebat di kedua-dua belah dunia dua dimensi. Demi memburu suspek sehingga ke lubang cacing, Seo Do Won akan berenang sehingga ke laut dalam. Namun, keadaan tertentu memaksanya terperosok ke dunia lain yang berbeza dimensi di mana dia perlu membayar balik hutang dosa yang ditinggalkan oleh ayahnya. Kyung Soo Jin pula akan membawakan watak Han Seo Kyung, seorang pendakwaraya yang tiada rasa ragu-ragu untuk menyatakan rasa cintanya terhadap Seo Do Won manakala Shin So Yul pula sebagai Lee Jung Min, agen penyiasat yang menjadi pembantu Seo Do Won sejak mereka di sekolah rendah lagi dan juga merupakan bekas kekasih lelaki itu.

OCN Train ditulis sepenuhnya oleh Park Ga Yeon dan bakal diarahkan oleh sutradara Ryu Seung Jin, dirancangkan tayangannya menjelang musim panas pada tahun ini.

Sumber: mydaily

loading...