Bukan saja tumbangkan Blackpink untuk single terlaris minggu ini, malah SSAK3 raih kemenangan buat pertama kali di M Countdown

 Image may contain: 4 people, people standing, text that says 'COUNT DOWN M net 생방송'

SSAK3 membuktikan gabungan trio penyanyi veteran yang pernah popular suatu masa dahulu masih lagi belum tumpul taringnya.

SSAK3 yang dibarisi oleh Jung Ji Hoon (Rain) dengan nama popularnya B-Ryong, Yoo Jae Suk (hos program realiti tv terkemuka) nama popularnya U-Doragon serta Lee Hyo Ri dengan nama popularnya, Linda G ini, sudah pun menongkah arus dengan single ‘Beach Again’ telah berjaya mencapai kesempurnaan di dalam carta muzik semasa seperti FLO Musics, Bugs, Melon dan Soribada sejak dilancarkan pada 18 Julai 2020.

Berdasarkan carta digital Gaon bertarikhkan 30 Julai 2020, ‘Beach Again’ telah menumbangkan juara tiga kali berturut-turut, Blackpink menerusi lagu popular mereka, ‘How You Like That’ untuk menduduki tempat pertama. Ia sesuatu yang agak sukar dilakukan oleh mana-mana penyanyi kpop ketika ini memandangkan lagu Blackpink tersebut masih lagi mendominasi pasaran muzik tempatan.

Malah, kehebatan mereka tidak henti di situ saja, SSAK3 juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama di M Countdown pada 30 Julai 2020 hari ini, yakni penyertaan “music show” mereka untuk pertama kali. SSAK3 memperolehi mata setinggi 6,420 mengatasi Somi dengan mata sebanyak 4339.

B-ryong yang kagum dengan pencapaian tersebut tersentak lalu berkata, “Jujurnya, walaupun sukar, kami hasilkan kumpulan ini supaya orang lain boleh terhibur sama. Terima kasih semua.”

Manakala Linda G menjerit ke hadapan suaminya, Lee Sang Soon sambil melemparkan kucupan tanda puas dengan kemenangan tersebut. “Honey, aku menang. Aku rindukan kau,” katanya. U-Doragon pula berterima kasih di atas sokongan orang ramai sambil berkata, “Tak pernah terfikir ia boleh terjadi.”

Sumber: Gaon, sport chosun

loading...