Dynamite, single ‘English’ terbaru BTS ini diletakkan harapan peminat untuk raih no.1 dalam carta Billboard Hot 100

Image may contain: 7 people, child

Big Hit mengumumkan single terbaru BTS adalah berjudul ‘Dynamite’ yang bakal dimuatkan di dalam album kedua BTS yang dijangka pengeluarannya pada sekitar Oktober tahun ini.

‘Dynamite’ ialah sebuah lagu dengan gubahan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris dan merupakan lagu single ‘English’ kedua keluaran mereka tanpa bahasa rojak selepas ‘Waste It On Me’. Ia dicanang-canangkan sebagai lagu musim panas paling gemilang untuk tahun 2020 berentakkan ‘upbeat’ sebagai sokongan buat mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.  Bercakap dengan majalah Elite Daily, BTS berkata, “Kami begitu teruga. Lagu English ini macam ‘Mic Drop’ dan ‘Waste It On Me’.”

Malah, tambah BTS lagi, pelancaran album terbaru mereka ini yang dirancangkan pada penghujung tahun 2020 tidak lagi ditangguhkan demi menghargai sokongan peminat. “Disebabkan Covid-19, ramai di antara mereka di seluruh pelusuk dunia mahu berkongsikan mesej positif dengan peminat mereka ketika tengah hadapi kesukaran,” kata Namjoon seperti dipetik di dalam majalah Elite Daily.

Sebaik saja ‘Dynamite’ diumumkan pelancarannya pada 21 Ogos ini, sebilangan peminat ARMY menggesa sokongan daripada serata pengguna media sosial untuk memastikan lagu tersebut mendaki puncak tertinggi carta Billboard Hot 100, seterusnya meraih no.1. BTS pernah mencapai jualan album terlaris di Amerika Syarikat dalam seminggu beberapa kali dengan kedudukan no.1 berulang-ulang kali di dalam carta album Billboard 200. Namun, di sebalik kejayaan menggunung di Amerika Syarikat itu, mereka belum pernah lagi memperolehi kedudukan no.1 di dalam carta Billboard Hot 100, sesuatu impian yang mahu dilaksanakan oleh peminat sebelum seorang demi seorang ahli BTS bermula dengan Kim Seok Jin, menjalani khidmat ketenteraan pada tahun 2021 hadapan.

Sumber: sport seoul, Elite Daily

loading...