Kim Ki Bum kembali mendedahkan status terkininya setelah lama memencilkan diri daripada industri seni.
Bekas ahli Super Junior tersebut dilihat membuka cenel Youtube-nya sendiri pada 26 Julai 2020 dengan menayangkan satu video pendek mengenai dirinya. Namun, kelibatnya mengejutkan peminat apabila penampilannya bukan lagi ‘jambu’ seperti sekian lama dahulu dengan kini lebih tampak maskulin dengan berkumis nipis dan berjanggut.
“Aku buka Youtube hari ini, dengan pengurusan sepenuhnya oleh Heechul. Heechul mahu aku ber-Youtube dan aku mula menggunakannya perlahan-lahan. Heechul cakap pada aku supaya tinggalkan dua-tiga minit video tetapi aku tak reti nak cakap banyak. Tak tahu aku mampu untuk teruskan ke tak. Apapun, jumpa korang di Youtube nanti ya,” katanya.
Video pendek Kibum sempat dibalas oleh Heechul di dalam instagram-nya samble berkata, “Buruk sangat video yang aku buat untuk Kibum seolah-olah macam kerja ‘amateur’, tapi aku sanggup buat semata-mata demi peminat (Elf) yang tidak sabar-sabar ingin tahu tentang keadaan terkini Kibum.”
Kibum meninggalkan Super Junior pada tahun 2015 setelah tidak lagi menandatangani kontrak bersama SM Entertainment. Sejak keluar daripada Super Junior, Kibum hanya menyertai rancangan realiti tv SBS Pluss Two Feet Life pada tahun 2018 dan KBS Matching 1+1 Survival pada tahun 2019. Kibum sangat terkenal di rantau China setelah membintangi drama adaptasi novel wuxia popular, Demi Gods Semi Devil sebagai Duan Yu.
Sumber: donga