Kenapa Perlu Tonton While You Were Sleeping

Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum tayangan perdana drama While You Were Sleeping akan ke udara. Pada yang meminati drama Korea pastinya anda menunggu permulaan drama ini. Pada sesiapa yang masih ragu-ragu, jom baca beberapa point kenapa anda perlu menonton drama ini.

  1. Bagaimana jika anda boleh meramalkan masa depan? Permulaan cerita yang menarik

Di dunia “While You Were Sleeping,” selalu ada penyesalan dengan setiap tragedi yang berlaku. Drama ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan, “Jika ada orang yang boleh bermimpi tentang tragedi masa depan, adakah kita dapat menghentikan peristiwa itu?” Melalui jalan cerita yang pelbagai, drama ini akan meneroka sama ada jika kita mengetahui tentang masa depan adakah ianya dapat membantu kita untuk mengubahnya. Dengan pelbagai insiden yang menyedihkan dan mengecewakan dalam hidup masyarakat hari ini, drama ini akan menceritakan kisah menarik bagaimana sesetengah orang yang bekerja keras untuk menghalang sesuatu tragedi itu berlaku.

  1. Pengarahan yang penuh sensibility dan visual yang bergaya Oh Chung Wan

Rata-rata peminat sudah menjangkakan teknik serta gaya pengarahan Pengarah Oh Chung Hwan. Pengarah ini telah diiktiraf kecemerlangannya melalui drama ‘Doctor’ apabila setiap teaser yang dihasilkannya mendapat sambutan ramai. Hasil beliau dapat dilihat melalui ketiga-tiga teaser drama “While You Were Sleeping” ini. Apa yang menarik perhatian adalah pertemuan kedua-dua watak utama, implikasi peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada mereka, dan imej menarik berkenaan orang-orang di sekeliling mereka. Selain itu, Pengarah menghadirkan suasana yang berwarna-warni serta ditambah dengan seni visual yang menarik. Pengarah Oh Chung Hwan juga dikhabarkan telah menghasilkan adegan yang lebih baik dengan sesi bertemu dan berkomunikasi dengan para pelakon.

Trailer 1

https://www.youtube.com/watch?v=VIjW65DwCNQ

Trailer 2

https://www.youtube.com/watch?v=LjrznEe5KWc

Teaser 3 

https://www.youtube.com/watch?v=mpLYuXymIqg

  1. Pergabungan pelakon muda dan baru

“While You Were Sleeping” telah mendapat perhatian kerana ia adalah kali pertama drama gandingan Lee Jong Suk dan Suzy. Malah hanya dengan teaser yang berdurasi singkat itu telah mencuri perhatian ramai. Selain kedua watak utama itu, drama ini turut dibintangi oleh Lee Sang Yeob, Go Sung Hee, Jung Hae In, dan Shin Jae. Menurut krew produksi, kesemua mereka telah menunjukkan semangat kerja berpasukan yang sangat hebat, bahkan mereka juga dikatakan mesra dan saling gelak ketawa bersama-sama.

  1. Jalan cerita yang menarik persis romantic fantasy

 

While You Were Sleeping merupakan sebuah drama penyiasatan dengan jalan cerita yang tidak dijangka. Ia menceritakan kisah seorang wartawan yang menganggur, Hong Ju (Bae Suzy), yang mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu kejadian buruk dalam tidurnya. Berharap untuk mengelakkan mimpi buruk itu menjadi kenyataan, Hong Ju bekerjasama dengan pendakwa Jae Chan (Lee Jong Suk) untuk menghalang kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Dan bermula saat itu perasaan sayang, kasih dan cinta wujud antara keduanya.

 

  1. Gandingan hebat Lee Jong Suk dan Bae Suzy

Biarpun ini gandingan pertama mereka ternyata keduanya punya kelebihan masing-masing. Lee Jong Suk pernah membntangi drama-drama yang popular seperti I Can Hear Your Voice, Secret Garden, School 2013, Doctor Stranger, Pinocchio dan W Two World. Lee Jong Suk juga telah memenangi pelbagai anugerah daripada lakonan hebat beliau.  Menerusi drama W Two World atau W, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Grand Prize Award, Best Couple, dan Best Actor.

 

Bae Suzy juga tidak kurang hebatnya. Meskipun bergelar penyanyi dari kumpulan wanita Miss A, bakat lakonannya tidak mengecewakan. Antara drama yang pernah dilakonkan beliau adalah Uncontrollably Fond, Gu Family Book, BIG dan juga Dream High. Bae Suzy juga sudah mendapatkan banyak penghargaan dari beberapa drama yang telah dibintanginya antaranya Best Actress dan Best Couple menerusi drama Gu Family Book.

Lee Jong Suk – “Suzy cantik sangat, senang nak wujudkan ‘chemistry’ bersama,”.

 

  1. Ditulis dan diarahkan oleh Penulis serta Pengarah Hebat

Menerima sentuhan pengarah Doctors dan My Love from the Star, dan penulis Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, While You Were Sleeping menampilkan bintang handalan Korea sebagai pelakon utama iaitu Lee Jong Suk dan Bae Suzy. Drama ini juga merupakan kolaborasi kali ketiga di antara Lee Jong Suk dan penulis Park Hye Ryun di mana drama bersiri mereka sebelum ini, Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, berjaya mendapat sambutan hebat daripada penonton.

  1. While You Were Sleeping adalah sebuah drama terbitan SBS. SBS meletakkan harapan tinggi terhadap drama ini kerana Wakil tertinggi SBS berkata mempunyai sebuah team yang hebat dan sempurna dari segi pengarah, pelakon, penulis skrip, krew produksi dan sebagainya.

Gambar dikreditkan pada OSEN.

 

Drama ini juga merupakan drama esklusif di ONE HD. “ONE terus menerajui saluran hiburan Korea menerusi banyak drama bersiri yang ditayangkan pada waktu yang sama di Korea termasuk drama Scarlet Heart, My Sassy Girl, The King in Love dan sekarang, While You Were Sleeping. Gandingan yang terdiri daripada pelakon hebat yang mampu melonjakkan rating iaitu Lee Jong Suk dan pelakon bertaraf bintang Bae Suzy bersama pasukan impian yang diterajui oleh penulis dan pengarah handalan menjadikan drama bersiri baru ini sebagai drama yang mesti ditonton,” kata Virginia Lim, Naib Presiden Kanan dan Ketua, Kandungan, Terbitan dan Pemasaran, Sony Pictures Television Networks Asia.

While You Were Sleeping akan ditayangkan di ONE pada 27 September, diikuti episode-episod berikutnya pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

sumber sebahagian : tvreport.kr

loading...