Ro Woon SF9 mengadu sakit belakang & lutut, FNC rancang rehatkannya buat sementara waktu

Image may contain: 2 people, text

FNC Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung situasi terkini ahli-ahli SF9.

“Pada 15 Julai 2020, Ro Woon mengadu sakit belakang dan sakit lulut dan terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor menyarankan untuk mengelakkan sebarang pergerakan berlebihan termasuklah tarian kreografi untuk ‘Summer Breeze’ dan lain-lain. Jika Ro Woon terlalu menggunakan tubuh badannya, kesihatannya akan bertambah buruk. Oleh itu Ro Woon bakal direhatkan sementara waktu daripada sebarang aktiviti SF9 di masa akan datang sehingga menjalani proses pemulihan sepenuhnya,” kata jurucakap agensi tersebut.

Dalam masa yang sama, FNC turut menyelar tuduhan melampau dibuat ke atas Dawon semalam. “Kami akan bertindak tegas dengan menyaman mana-mana cubaan untuk memburukkan nama baik SF9,” sambungnya lagi.

Sumber: newsis

loading...