Berhadapan dengan tuduhan membuli pula, Dawon SF9 tetap tenang menari di atas pentas tanpa cacat-cela

Image may contain: 2 people, outdoor and text

Dawon SF9 menyangkal tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa beliau mudah tunduk dengan tekanan kontroversi sehingga boleh menjejaskan prestasi persembahannya kerana sudah jelas Dawon telah membuktikannya dengan kedua-dua persembahan ‘Into The Night’ dan ‘Summer Breeze’ yang agak sempurna di dalam MBC Show The Champion malam tadi.

Baru-baru ini, Dawon telah dikritik tidak bersungguh-sungguh dalam menunjukkan gaya tarian yang memuaskan buat peminat mereka ketika membuat ‘Relay Dance’ untuk ‘Summer Breeze’. Tidak cukup dengan itu pula, seorang netizen yang mengaku rakan sekolahnya, pula menuduhnya kaki buli sebelum ianya cepat-cepat dinafikan oleh FNC Entertainment pada petang tadi.

Namun, kontroversi demi kontroversi yang mendatang tidak berjaya mematahkan semangat anak muda ini untuk terus kekal tenang menari di atas pentas tanpa cacat-cela. Saksikan persembahan Dawon bersama-sama rakan SF9 di dalam video-video di bawah.

loading...