4 Selebriti Korea ini mahu diajak netizen untuk menghirup kesegaran sup ayam ginseng ketika tengah berpanas terik

Image may contain: 4 people, child and closeup

Kang Daniel, mendapat undian tertinggi daripada netizen mendahului Jimin BTS, Park Bo Gum dan Gong Yoo untuk diundang menghirup sup ayam ginseng (“Samye-tang”) bersama ketika hari ‘Chobok’.

Hari ‘Chobok’ yang berlangsung pada hari pertama ‘Boknal’, dipercayai hari paling panas di dalam kalendar Lunar Korea, disambut oleh rakyat Korea hari ini, 16 Julai 2020 dengan meneguk sup ayam ginseng, bertujuan bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Dalam satu kajian dibuat oleh 7Edu ke atas 25650 orang, Kang Daniel memperolehi undian tertinggi dengan 45.7%, disusuli dengan Jimin BTS (42.8%), Park Bo Gum (10.6%) dan Gong Yoo (0.5%).

Sebelum ini, dalam satu kajian sama dibuat pada tahun 2019, Park Bo Gum menjuarai undian tersebut disusuli dengan Gong Yoo dan Jimin BTS.

Sumber: tenasia

loading...