Hanya BTS & The Beatles saja berjaya capai jualan 1 juta unit di Amerika Syarikat untuk tahun 2020 ini

Image may contain: 8 people, people on stage

Setelah merangkul gelaran kumpulan paling laris jualan albumnya di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2020, BTS kini memegang rekod satu-satunya kumpulan kugiran lelaki sejak The Beatles memperolehi jualan album melebihi 1 juta unit dalam tempoh enam bulan saja.

Menurut data Nielsen, album ‘Map of The Soul 7″ BTS telah memperolehi kutipan sebanyak 842,000 unit dengan majoriti 552,000 datangnya daripada jualan CD. Mengira jumlah jualan album BTS kesemuanya, ianya telah pun mencapai angka 1.417 juta unit setakat tempoh enam bulan yang pertama. Kejayaan tersebut meletakkan mereka di tangga teratas bagi kategori kumpulan kugiran baru di abad ke-21 (kali terakhir dicapai oleh Backstreet Boys dan NSYNC pada abad ke-20 sebelumnya) dan hanya di belakang Billie Eilish untuk jualan album paling laris sepanjang pertengahan tahun 2020.

Dalam masa yang sama, Forbes melaporkan The Beatles turut mencatatkan jualan album melebihi 1.094 juta unit pada pertengahan awal tahun 2020 walaupun kumpulan ini telah pun terbubar sejak setengah abad yang lalu. BTS pernah menyaingi rekod The Beatles pada suatu masa dahulu apabila 3 album keluaran mereka berjaya memperolehi kedudukan no.1 Bilboard 200 dalam tempoh setahun saja.

Sumber: Forbes, Soompi

loading...