Susah hati tengok Yeonjun & Soobin terbongkang keletihan, Hueningkai TXT dedah selalu teman mereka tidur sejak daripada itu

Image may contain: 2 people

Hueningkai TXT membuat sesi interaksi secara langsung bersama peminat hari ini menerusi VLIVE sempena sambutan hari ke-500 penubuhan TXT.

 

Ditanya tentang lagu yang sering didengarinya pada waktu lapang,Hueningkai menjawab, “Saya suka dengar lagu ‘Just the Way you are’ nyanyian Bruno Mars sejak sekian lama. Malah, saya turut nyanyikannya sewaktu di sekolah menengah.. Agaknya video itu masih ada lagi kot…Janganlah cari tau.”

Dalam menceritakan lebih lanjut tentang hubungannya dengan rakan sekumpulan, Hueningkai yang merupakan maknae TXT (ahli termuda) berkongsikan pengalaman bahawa dia selalu menemani Yeonjun dan Soobin tidur bersama. “Ketika saya masih lagi pelatih, saya seringkali terlihat abang Soobin dan Yeonjun tertidur di bilik latihan (mungkin keletihan) kerana apabila mereka bangun saja, mereka terus bekerja menyebabkan saya bersusah hati. Oleh itu, saya ambil baju dan tutupi mereka dengannya, malah temani mereka tidur sejak daripada itu,” katanya lagi.

Hueningkai turut mendedahkan lagu BTS kegemarannya ialah Butterfly dan Spring Days. Namun, perbualan Hueningkai terhenti kemudian apabila dia dikunjungi oleh Soobin

“Saya nak dandan rambut jadi ‘Apple Hair’ dengan abang Soobin nanti tau,” kata Hueningkai sebelum Soobin membaca komen netizen sepintas, seraya bersetuju dengan permintaannya.