Menari tak cukup serius ketika buat ‘Relay Dance’, Dawon SF9 akur kehendak netizen & akhirnya memohon maaf

Image may contain: 3 people, people standing and text

Dawon, nama sebenarnya, Lee Sang Hyuk daripada SF9 membuat permohonan maaf berhubung kontroversi tarian ‘relay’ dibuatnya di dalam M2 ‘Summer Breeze’.

Dalam satu sesi instagram bersama peminat pada 13 Julai 2020, Dawon berkata, “Aku bukan mewakili kumpulan, tetapi aku nak luahkan sesuatu. Memang aku ada tersilap menginterprestasikan langkah.”

 

“Aku agak ramai yang kecewa dengannya. Secara terang-terang memang aku akui agak terburu-buru. Ya memang betul apa yang korang cakap,” sambung Dawon sambil menundukkan kepalanya tanda membuat permohonan maaf.

“Lain kali aku akan tunjukkan yang kami betul-betul bekerja keras terhadap setiap kandungan dipertontonkan pada korang,” katanya menghabiskan sesi instagram tersebut kemudian.

Video M2 Summer Breeze dalam bentuk ‘relay dance’ oleh SF9 tertular selepas perdebatan berpanjangan antara netizen samada sebahagian ahli SF9 sememangnya malas menari ataupun belum cukup tersedia, seolah-olah menampakkan tarian mereka tidak cukup serius dan berterabur daripada pandangan mata mereka. Bagaimanapun, sebilangan netizen lain pula mempertahankan langkah dibuat SF9 kerana ‘relay dance’ tidak semestinya sempurna dan mereka boleh melihat sisi lain SF9 daripada perspektif yang berbeza.

SF9 baru mengeluarkan album mini terbaru berjudul 9loryUS dengan ‘Summer Breeze’ dijadikan sebagai single utama. Album 9loryUS berjaya mengutip jualan sebanyak 72,272 unit di dalam seminggu, menurut Hanteo melebihi rekod album sebelumnya, First Collection iaitu sebanyak 68,707 unit di dalam seminggu yang berjaya dicapai ketika itu.

Sumber: segye