Pelatih Yoon Seo Bin akhirnya dibuang ‘sekolah’ dari Produce X101 kerana masalah disiplin di luar

JYP, agensi besar yang menguruskan kumpulan TWICE dan GOT7, mengambil ketetapan untuk membatalkan kontrak mereka bersama pelatih baru Yoon Seo Bin daripada diberi peluang untuk bersaing menjadi idol di dalam program realiti Produce x101 rentetan tertularnya dakwaan mengatakan Yoon Seo Bin berperangai ‘gangster’ sewaktu dia di sekolah menengah dahulu.

Komentar seorang netizen yang mendakwa pernah menyaksikan kegiatan buli dilakukan oleh Yoo Seo Bin di sekolah dulu.

“Kami telah memutuskan untuk membatalkan kontrak bersama Yoon Seo Bin yang sedang menyertai program realiti Produce X101 terbitan Mnet setelah mendapati dia tak menepati saranan ditetapkan polisi syarikat. Hasilnya, kita dimaklumkan Yoon Seo Bin juga disingkirkan daripada program itu ,” kata wakil agensi tersebut.

Yoo Seo Bin telah memenangi tempat pertama di dalam saringan untuk tahap agensi dan juga menerima pujian manfaat terbaik untuk ‘1 minit imej PR’. Saringan seterusnya sepatutnya dilakukan untuk pusingan kedua nanti tetapi ianya tak kesampaian setelah Yoon Seo Bin disingkirkan serta-merta.

Sumber: OSEN , donga

loading...