Park So Eun meninggal dunia, dipercayai membunuh diri berpunca daripada “mulut jahat” netizen

Image may contain: 2 people, people standing

Park So Eun, seorang selebriti yang pernah bertugas sebagai Broadcast Jockey bagi laman penstriman Afreeca TV, telah meninggal dunia dipercayai membunuh diri.

Adik kepada Park So Eun yang memaklumkan berita sedih tersebut di laman Afreeca TV pada 13 Julai 2020 hari ini dipetik berkata, “Minggu lepas kakak saya telah menemui meninggal dunia. Saya minta maaf kerana terpaksa memberitahu berita ini sedikit lewat.”

“Kakak saya kemurungan kerana dikecam oleh mereka yang jahat. Keluarga kami tengah kesedihan sekarang. Terima kasih kerana mengambil berat tentang So Eun,” sambungnya lagi.

Seorang peminat mendiang turut menyampuk di dalam komen di bawahnya sambil berkata, “So Eun mungkin hadapi masalah sampaikan dia tak berinteraksi bersama peminat sejak pertengahan April lalu. Saya harap So Eun tidak lekang daripada ingatan dan kekal bersemadi buat selama-lamanya.”

Park So Eun memulakan kerjayanya di Afreeca TV sejak berpindah dari Popcorn TV. Dalam satu sesi penstriman bersama peminat, mendiang mendedahkan dirinya mampu memperoleh pendapatan sebanyak 60 juta won sebulan (~RM 212,515.00).

Sumber: OSEN

loading...