Jinhwan & Junho IKON terbabit dalam nahas jalan raya setelah terlanggar penghadang jalan

Image may contain: 2 people, child and closeup

Jinhwan dan Junho IKON terbabit dalam nahas jalan raya apabila van yang dinaiki oleh mereka telah terlanggar penghadang jalan.

Menurut laporan berita daripada Gyeongnam Provincial People pada 13 Julai hari ini, van itu sedang dalam perjalanan ke pantai di selatan semenanjung Korea, Changseon-myeon, daerah Namhae sebelum tergelincir akibat hujan lebat seterusnya merempuh penghadang jalan.  Kedua-duanya serta pemandu kereta berkenaan dilaporkan hanya tercedera dan telah pun dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

Bagaimanapun, laporan susulan mendakwa pemandu van berkenaan itu sebenarnya memandu dalam keadaan mabuk setelah dibuatkan ujian alkohol ke atasnya. Ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen tentang kewajaran tindakan yang diambil oleh Jinhwan dan Junhoe samada mereka memang sengaja membiarkan pemandu itu memandu dalam keadaan mabuk atas alasan kemungkinan mereka sendiri juga dalam keadaan tidak sedar diri (mabuk). Apapun, nasib mereka juga agak baik apabila pelanggaran itu tidak melibatkan kenderaan lain, sekaligus tiada pihak lain yang menjadi mangsa.

Kali terakhir IKON mengeluarkan album pada Februari 2020 dengan album mini berjudul ‘DECIDE’. Ia juga merupakan album keluaran IKON tanpa kehadiran Hanbin (B.I) selaku bekas ketua kumpulan mereka.

Sumber: top star news

loading...