Atuk dalam “Squid Game” Oh Yeong Soo didakwa atas tuduhan salah laku seksual

Pelakon Oh Young Soo, yang membawakan watak Oh Il Nam drama popular “Squid Game” dilaporkan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Pada 25 November, Pejabat Pendakwa Daerah Suwon Cawangan Seongnam melaporkan Oh Young Soo yang berusia 78 tahun telah didakwa (tanpa penahanan) atas tuduhan dia telah menyentuh tubuh seorang wanita secara tidak wajar pada pertengahan 2017.

Kes itu bermula pada Disember tahun lalu, apabila mangsa yang didakwa memfailkan aduan terhadap Oh Young Soo kepada pihak polis. Polis kemudian menutup kes itu tanpa memfailkan sebarang pertuduhan terhadap pelakon itu pada April tetapi pihak pendakwaan kemudiannya membuka semula siasatan atas permintaan mangsa.

Pelakon itu dilaporkan menafikan pertuduhan semasa siasatan pihak pendakwaan.

Menerusi JTBC, Oh Young Soo membuka tentang kes berkaitan, “Saya hanya memegang tangannya supaya dia boleh membawa saya mengelilingi tasik. Saya memohon maaf kerana [orang itu] berkata dia tidak akan membuat kekecohan mengenainya tetapi ia tidak bermakna saya mengakui pertuduhan itu.” Namun begitu, pihak pendakwaan memutuskan bahawa mereka memperoleh bukti untuk menyokong dakwaan gangguan dan memindahkan kes itu ke perbicaraan.

Oh Young Soo muncul dalam siri Netflix “Squid Game” sebagai Oh Il Nam, yang menghidap tumor otak, dan telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam kategori TV di Anugerah Golden Globe di Amerika Syarikat pada Januari tahun ini.

Sumber : 1 | 2

 

loading...