Pinggang Seo Ye Ji ramping macam ‘kerengga’, netizen terkejut bila dapat tahu fakta tersembunyi di sebaliknya

Image may contain: 3 people

Pinggang Seo Ye Ji di dalam drama tvN It’s Okay to Not Be Okay menjadi tumpuan netizen sehingga adegan Seo Ye Ji mengenakan busana berwarna merah jambu tersebut dikatakan telah menggunakan teknik CGI (penjanaan komputer) bagi menampakkan seolah-olah ia kelihatan sangat ramping di hadapan penonton.

Bagaimanapun, desas-desus menggunakan teknik CGI itu ternyata tak benar apabila mengetahui Seo Ye Ji sendiri mempunyai ketinggian dan berat masing-masing sebanyak 169 cm dan 43kg, seperti didedahkan dalam satu laporan berita. Maka dengan dapatan BMI sangat rendah itu, pinggang Seo Ye Ji kelihatan sangat ramping seperti kerengga di tambah lagi dengan kesan visual akibat memakai busana berwarna jambu tersebut. Bagi mendapatkan tubuh ideal seperti itu, Seo Ye Ji difahamkan melakukan senaman yoga dan tarian balet berterusan setiap minggu.

tvN ‘Psycho But It’s Okay’ berkisarkan tentang seorang pekerja kesihatan yang ditugaskan menjaga wad pesakit jiwa dengan tawaran gaji lumayan dan menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pesakit di bawah jagaannya yang merupakan seorang penulis novel fiksyen kanak-kanak yang menghidapi penyakit kecelaruan personaliti pinggiran (“Antisocial Personality Disorder”) dengan perangai yang kurang ajar serta mementingkan diri sendiri. Premis drama ini akan membayangkan seorang lelaki yang tak percaya akan cinta tapi akhirnya terjatuh hati kepada wanita yang tak sedar pun dirinya sedang dilamun cinta.

Drama tvN ‘Psycho But It’s Okay’ ini boleh ditonton menerusi Netflix bagi mengisi slot drama Sabtu dan Ahad mulai jam 9.30 MYT. 

loading...