OCN Times, ‘spin-off’ drama korea tvN Signal, akan menggandingkan Lee Seo Jin & Lee Joo Young bersama

Image may contain: 5 people, text

Lee Seo Jin dan Lee Joo Young sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam OCN Times.

OCN Times berkisarkan tentang seorang gadis yang hidup pada tahun 2020 yang perlu menghubungi seorang lelaki yang hidup masa silam (tahun 2015) menerusi telefon, untuk menyelamatkan seorang President Korea daripada terbunuh ketika itu. Jalan cerita drama ini pasti mengingatkan peminat Kdrama terhadap drama hebat, tvN Signal yang memenangi Drama of The Year 5th CARI Kdrama Awards dan boleh dianggap sebagai ‘spin-off’ kepada drama tersebut.

Lee Joo Young baru-baru ini meninggalkan tanggapan mengagumkan dengan watak transgender di dalam jtbc Itaewon Class bakal digandingkan dengan pelakon veteran merangkal anak chaebol, Lee Seo Jin.

Sumber: hankookibo

loading...