Taecyeon 2PM dilaporkan sedang dilamun cinta

Image may contain: 1 person, child, closeup and indoor

OK Taec Yeon, atau lebih mesra dikenali sebagai Taecyeon sedang dilamun cinta dengan seseorang yang bukan selebriti.

Menurut Xsportnews, penyanyi itu dilihat bersiar-siar dengan kekasihnya di sebuah ladang ternakan di Pyeongchang, Gangwon. Saksi itu mendakwa melihat kedua-duanya bermesra-mesraan bagai pinang dibelah dua.

Agensi 51K yang dihubungi mengesahkan berita tersebut dan enggan mendedahkan lanjut mengenainya kerana mahu menghormati privasi Taecyeon.

Taecyeon merupakan ahli kumpulan 2PM , dan kini bergiat aktif sebagai pelakon sepenuh masa. Antara drama lakonannya termasuklah KBS Cinderella Sister, KBS Dream High, OCN Saved Me dan terbaru sekali MBC The Game: Towards Zero.

Sumber: sport seoul, xsportnews

loading...