Kacak beraksi sebagai ‘bodyguard’, kelibat Lim Hyoun Soo pukau perhatian peminat drama TV Chosun Wind, Cloud and Rain

Image may contain: 4 people

Lim Hyoun Soo belum dikenali sangat sebagai pelakon muda berbakat, tapi baru-baru ini kehadirannya di dalam drama TV Chosun Wind, Cloud and Rain sedikit banyak meninggalkan kesan di dalam ingatan penonton drama tersebut.

Lim Hyoun Soo memainkan watak Yeon Chi Sung, samurai terhebat di zaman dinasti Joseon yang bertindak melindungi Min Ja Young (Park Jeong Yeon) merangkap orang kanan kepada Choi Choong Jung (Park Shi Hoo).

Di dalam episod yang disiarkan pada 20 dan 21 Jun 2020, Chi Sung bertindak membalas dendam terhadap kematian tuannya, Lee Ha Jeon (Eru) dan akhirnya menikam musuhnya, Choi Byung Woo (Kim Seung Soo) sehingga mati. Di sebalik adegan ditonjolkan, Lim Hyun Soo berjaya menunjukkan aksi pedang yang menawan di samping memiliki paduan mata yang menikam kalbu.

Ini merupakan drama ketiga Lim Hyoun Soo selepas MBC One Spring Night dan MBC 365: Repeat The Year. TV Chosun “Wind, Cloud and Rain” adalah sebuah drama tentang perjuangan perebutan takhta antara kingmakers dengan kemampuan psikik. Ia juga akan menampilkan campuran karakter fiksi dan karakter sejarah nyata mengenai perjuangan merebut takhta antara mereka yang mempunyai kemampuan psikik.

Drama ini disiarkan menerusi TV Chosun setiap hari Sabtu dan Ahad.

https://instagram.com/limhyounsoo0914

Sumber: xsportnews