Pihak produksi sedang berusaha untuk mencari pelakon menerusi ujibakat bagi membintangi drama terbaru tentang biografi BTS, berjudul ‘Blue Sky’.
Berdasarkan sumber terdekat, ‘Blue Sky’ bakal mendapat PD Kim Jae Hong sebagai pengarahnya yang mempunyai pengalaman mengemudi drama jtbc Blooded Palace : The War of Flowers bersama-sama No Jong Chan. Ia juga akan dinukilkan oleh penulis skrip Kim So Jin (“jtbc Light In Your Eyes”,”KBS Mad Dog”,”jtbc Awl”).
Drama bersiri ini berkisarkan tentang dunia BTS sewaktu tujuh orang ahli BTS ini kali pertama bertemu. Pihak media difahamkan BTS akan bekerjasama dengan pihak produksi drama tempatan untuk mencari pelakon-pelakon muda yang akan melakonkan watak mereka sewaktu mereka masih mentah remaja.
Dikhabarkan proses ujibakat dilakukan dengan penuh sulit bagi mengelakkan sebarang tragedi tak diingini dan mengelakkan kandungan skrip didedahkan untuk pengetahuan umum. Maka, aspek keselamatan akan diperketatkan sepanjang proses penggambaran.
Proses penggambaran pula akan berlangsung pada September 2020 dan dirancangkan tayangannya di platform bukan cenel tempatan menjelang tahun 2021 hadapan.
Sumber: sedaily