Hwang Minhyun NUEST & Jung Dabin bakal disatukan sebagai pasangan bercinta di dalam drama terbaru arahan pengarah MBC Extraordinary You

Image may contain: 2 people, closeup

Hwang Minhyun (25 tahun) daripada NUEST, yang juga bekas ahli Wanna One, dan Jung Da Bin (20 tahun) telah dipilih untuk membintangi drama korea terbaru yang belum diketahui judulnya, yakni merupakan usahasama antara KeyEast dan Playlist. Bagaimanapun, kedua-duanya masih mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan kepada mereka.

Drama ini bakal dihasilkan di dalam bentuk 10 karya pendek berbeza, berkisarkan tentang kehidupan budak-budak remaja persekolahan. Ia bakal mendapat sentuhan sutradara Kim Sang Woo, yang pernah menyumbangkan kudratnya mengarah drama MBC Extraordinary You bersama PD Kim Sang Yub sebelum ini, untuk tayangan menjelang September 2020 ini.

Ia juga bakal menjadi lakonan pertama Hwang Minhyun sebagai teraju utama di dalam drama. Dengan berpandukan pengalaman berlakon di dalam teater muzikal, ‘Marie Antoinette’, Hwang Minhyun disebut-sebut antara pelakon merangkap idol yang akan menambat hati peminat kdrama dengan pakej visual yang dimilikinya, seperti pernah dilakukan oleh Cha Eun Woo daripada kumpulan kpop Astro sebelum ini. Manakala Jung Da Bin pula lebih dikenali sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama MBC Wonderful Life dan baru-baru ini selesai membintangi Netflix Human Class bersama Kim Dong Hee.

Sumber: sportseoul, money today

loading...