Memandai-mandai menuduh artis Kpop lain memanipulasi carta muzik, Park Kyung Block B kekal didakwa di mahkamah

Image may contain: 1 person, child and closeup

Jabatan Polis Seoul Seongdong hari ini, 17 Jun 2020, mendedahkan mereka telah mecadangkan kes Park Kyung daripada Block B untuk didakwa di mahkamah lantaran menyebarkan kenyataan palsu sehingga melanggar Akta Penyebaran Informasi, Penggunaan Komunikasi dan Perlindungan Maklumat.

“Kami dengan yakin menyimpulkan bahawa pelaku (Park Kyung) sudah jelas membuat kenyataan palsu tempoh hari. Kesnya sudah diberikan kepada pihak pendakwaraya untuk didakwa di mahkamah pada minggu ini, dan paling cepat pelaku didakwa pun pada minggu depan,” kata jurucakap polis balai tersebut. Jika didapati bersalah, Park Kyung boleh dihukum penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih 30 juta won (~RM105,584).

Park Kyung telah dipanggil oleh pihak polis pada 10 Mac 2020 lalu untuk disiasat berhubung tuduhan memanipulasikan carta muzik ke atas artis Kpop seperti Lim Jae Hyung, Vibe dan Song Haye yang dibuatnya pada November akhir tahun yang lepas. ‘Sajaegi’, merujuk kepada tindakan membeli berbondong-bondong untuk memanipulasikan carta muzik dalam masa singkat. Park Kyung pernah menciapkan kenyataan berikut di laman twitter sebelum memadamkannya kemudian: “Aku nak buat sajaegi lah macam Lim Jae Hyung, macam Vibe, macam Song Haye, macam Jeon Sang Keun, macam Jang Deok Cheol, and macam Hwang In Wook.”

Berikutan kesnya yang sedang disiasat polis, Park Kyung terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyertai khidmat negara lebih awal daripada kebiasaan.

Sumber: heraldpop, Akta Penyebaran Informasi, Penggunaan Komunikasi dan Perlindungan Maklumat

loading...