Lee Joon akan jadi angkasawan di samping Gong Yoo & Bae Doona untuk drama Netflix The Sea of Silence

Image may contain: 3 people

Lee Joon sedang menimbangkan tawaran lakonan di samping Gong Yoo dan Bae Yoona untuk dalam terbaru terbitan Netflix berjudul “The Sea of Silence.”

“The Sea of Silence” adalah sebuah drama cereka sains masa depan berkisarkan apa yang terjadi sekiranya bumi ketandusan akibat kekurangan makanan dan sumber air. Satu kumpulan saintis telah diarahkan mengambil sampel berharga di bulan yang ditinggalkan oleh kem terbiar, dikatakan sebagai kunci untuk menyelamatkan bumi.

Gong Yoo akan membawakan watak sebagai Yoon Jae, seorang tentera merangkap sebagai kapten kumpulan saintis yang mengetuai ekspedisi ke bulan bagi memperolehi sampel berkenaan. Beliau ditakrifkan sebagai seorang berkarisma dan berkepimpinan tinggi.

Lee Joon bakal memegang watak Taesok, seorang yang bijak dan mudah berkawan. Berpandukan pengalaman bersama ketenteraan, beliau menjadi angkawasan dan membantu membina beberapa kem angkasa di sana. Manakala, Bae Doona pula akan berlakon menjadi perisik bernama Gian, yang belum diketahui tentang perwatakan dan apa hubungannya dengan Yoon Jae setakat ini.

Ia merupakan drama pertama Lee Joon sejak empat tahun, kali terakhir menerusi KBS Father is Strange pada tahun 2017. “The Sea of Silence” akan diterbitkan oleh pelakon Jung Woo Sung di bawah produser sama dengan Netflix Kingdom dan bakal mendapat sutradara baru, Choi Hang Yong serta penulis skrip filem berkaliber, Park Eun Kyo (“Mother”). Ia bakal dihasilkan di dalam lapan bahagian berbeza dan bakal menjalani penggambaran pada Ogos 2020 ini. Selain ketiga-tiga orang pelakon berkenaan, Kim Sun Yong, Heo Jung, Chae Yung, dan Lee Moon Sae turut membintanginya.

Sumber: IS Plus

loading...