Hong Seok Pentagon dikecam gara-gara pandangannya yang disangkakan biadap terhadap ONF

Image may contain: 7 people, closeup

Hongseok Pentagon baru-baru ini mendapat kecaman netizen gara-gara pandangan yang dibuatkan ke atas ONF.

Pada 2 Jun 2020, Pentagon sedang mengadakan V Live bersama peminat dengan Hongseok memberikan pandangannya tentang senarai lagu-lagu yang dicadangkan ONF.

Hongseok mendedahkan E-Tion ONF telah mencadangkan “Moscow Moscow”, “Asteroid”, dan “If You Dream” kepadanya, dan tertanya-tanya mengapa hanya tiga saja lagu ONF yang dicadangkan. Mengulas tentang lagu “Asteroid” yang pernah dikeluarkan ONF pada Oktober 2019, Hongseok mengaku ‘Asteriod’ keluaran Pentagon pada Februari 2020 adalah lebih baik daripadanya.”Dengan jujur ini, aku rasa ‘Asteriod’ kita lebih baik sedikit walaupun ONF juga agak bagus,” katanya.

Bagaimanapun, komentarnya itu tidak mendatangkan perbalahan netizen sehinggalah dia mendedahkan E-Tion pernah memintanya untuk mencadangkan 30 lagu Pentagon dan dia dengan sengaja tidak meletakkan ‘Astroid’ sebagai salah satu daripadanya. “Jika E-Tion mencadangkan lagu ‘Asteriod’, dan aku pula cadangkan lagu dengan judul yang sama itu juga, sudah pasti dia terkejut beruk kerana selama ini tidak dapat gambaran jelas mengenainya. Dia mungkin sangka ‘Astreroid’-nya lebih sedap, dan ‘Asteroid’ kita pun sedap. Aku tak mahu buat dia terkejut je. Ini kerana apabila aku cadangkan lagu ‘Asteroid’ , orang akan dengar lagu kita lebih kerap,” sebutnya lagi.

Pentagon dan ONF sama-sama bertanding di dalam program realiti tv Mnet Road To Kingdom. Rata-rata netizen dalam kalangan peminat ONF menyalahkan Hongseok kerana pandangannya itu dikatakan biadap terhadap ONF manakala sebilangan yang lain pula mendakwa dia hanya bergurau memandangkan kedua-dua Hongseok sebenarnya berkawan baik.

Sumber: mydaily

loading...