Diasak rakan-rakan BTS, Jungkook BTS akhirnya buka rahsia kenapa otot perutnya boleh berkilau-kilau sehingga undang teriakan peminat

Jungkook BTS mendedahkan sesuatu rahsia mengenai otot perutnya yang bukan saja kelihatan kekar tetapi juga berkilau-kilau di hadapan peminat.

Di dalam sesi VLive sesama rakan BTS (kecuali Seokjin) pada 19 Mac 2022 hari ini, Jungkook disakat oleh rakan-rakan BTS lain samada kejadian terbuka butang baju ketika beraksi membuat persembahan untuk ‘Fake Love’ di konsert jelajah BTS di Seoul baru-baru ini adalah sengaja dilakukan olehnya.

“Apa jadi pada baju Jungkook masa itu? ,” tanya Suga.

“Butang baju terbuka,” kata Jungkook.

“Aku nampak dia sengaja loloskan benang, itu sebab terbuka butang baju,” sampuk Namjoon pula.

“Oh patutlah sampai tersebar khabar angin,” kata Jungkook.

“Jadi kau sengaja sapu minyak lah kan?,” soal Suga yang ingin tahu samada situasi sedemikian sudah dirancang oleh Jungkook.

 

“Ya, aku bubuh sebab nak bagi nampak berkilau-kilau bahagian itu (otot perut) dan aku memang tersedia setiap masa,” kata Jungkook yang mengakui beberapa kali menyapu minyak pada tubuhnya untuk kelihatan lebih menarik ketika beraksi di atas pentas.

Jungkook kemudiannya tergelak apabila mengenangkan kembali kejadian itu di mana butang itu sekali lagi terbuka selepas dia cuba mengetatkannya.

“Aku rasalah Jungkook patut beraksi tanpa memakai baju langsung untuk sekian kalinya,” ujar Taehyung kemudian.

“Konsert kita sepatutnya tiada jeritan, tapi peminat tak berhenti menjerit sebaik saja butang baju Jungkook terbuka,” sambung Jimin pula.

Kesemua ahli BTS terpaku seketika memandang tepat ke arah satu komen daripada peminat di VLive yang tertera ayat berbunyi seperti berikut, “Jungkook, kami memang suka sangat.”

Jungkook tanpa teragak-agak kemudiannya membakas, “Kau suka ke? Okay, jom lakukan pas ni.”  Dengan komen peminat sedemikian, Jungkook mungkin akan beraksi tanpa memakai baju selepas ini.

Reaksi Jungkook itu telah mengundang tawa netizen yang rata-ratanya amat menantikan ‘fan service’ daripada penyanyi itu untuk persembahan BTS yang seterusnya. Selepas beraksi untuk Grammy Awards nanti, BTS akan menyusuli dengan konsert jelajah di Las Vegas pula bermula 8 April 2022 depan.

Sumber: VLive

loading...