The King : Eternal Monarch tercatat drama nukilan Kim Eun Sook paling teruk rating-nya sejak mula berkarya

Image may contain: 2 people, text

Semalam, 12 Jun 2020, berakhirnya sudah tayangan drama SBS The King The Eternal Monarch di Korea dengan 16 buah episod berjaya disiarkan. Ia merupakan drama ke-13 hasil garapan penulis skrip tersohor di Korea, Kim Eun Sook.

Jika ramai pengkritik drama korea bersetuju SBS Secret Garden dan tvN Mr Sunshine merupakan drama terbaik garapan Kim Eun Sook manakala peminat pula beranggapan SBS The Heirs, KBS Descendants of The Sun dan tvN Goblin sebagai karya-karyanya yang paling disukai, namun drama ke-13 ini seakan-akan meninggalkan legasi yang agak buruk buat penulis tersohor itu dengan ratings yang hidup segan mati pun tak mahu. SBS The King The Eternal Monarch hanya mampu memperolehi rating tertinggi sebanyak 11.6% dengan purata sebanyak 7.7% saja menurut Nielsen. Ia tercatat sebagai drama nukilan Kim Eun Sook paling teruk rating-nya sejak mula berkarya, malah penayangannya di SBS yang bukan kategori cenel kabel juga (merangkumi semua lapisan masyarakat) menambahkan lagi kelukaan terhadap rekod tersebut.

Maka, apakah yang silapnya tentang drama ini? Rata-rata meletakkan kontroversi percampuran elemen Korea dengan Jepun, plot yang lambat berkembang, penjenamaan produk yang tidak kena pada tempatnya, persaingan dengan drama jtbc The World of The Married, lakonan yang tak begitu ‘subtle’ serta konsep dua dimensi berbeza yang kabur sebagai alasan mengapa drama ini sukar mendapat tempat lagi dalam kalangan peminat drama korea.

Apapun, ia tidak akan menghentikan Kim Eun Sook untuk terus berkarya lagi di masa hadapan. Kim Eun Sook akan menjadikan drama ini sebagai pengajaran untuk beliau lebih berwaspada tentang respon penonton terhadap karya-karyanya.

Sumber: Nielsen

loading...