Spring Day dinobatkan sebagai lagu BTS paling popular sempena sambutan ulang tahun ke-7

Image may contain: 7 people, people standing and outdoor

Peminat telah menobatkan lagu Spring Day sebagai lagu BTS yang paling digemari oleh mereka sempena sambutan ulang tahun ke-7 BTS.

Dalam satu undian dijalankan oleh BTS menggunakan Google dan diumumkan menerusi Naver V live, Spring Day berjaya meraih 80,000 undian mendahului 15 lagu lain di dalam senarai yang sama daripada 145,000 peminat yang turut serta.

Lagu tersebut juga diundi sebagai lagu yang patut diletakkan dalam mana-mana aktiviti BTS dan juga diundi sebagai lagu yang paling sesuai dicadangkan buat kawan-kawan yang tidak mengenai BTS.

Spring Day memenangi Song of The Year di dalam 2017 Melon Music Awards dan juga dinamakan Billboard antara lagu terbaik pernah dihasilkan oleh BTS. Lagu ini yang dimuatkan di dalam ‘You Never Walk Alone’ pada tahun 2017 juga kekal berada di dalam carta muzik Melon selama lebih tiga tahun berturut-turut.

Mengakhir perbualan mereka bersama peminat, J-Hope berkata, “Terima kasih semua, sudah sampai kita di sini saja.” Jungkook kemudiannya menyapa, “Saya akan kembali bertenaga dalam sesi pertemuan berikutnya”.

Sumber: hankookilbo

loading...