TWICE tewaskan Baekhyun EXO, VICTON, NCT Dream & NCT 127 raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 25 people, child, wedding and outdoor

Berikutan momentum yang dibina sejak seminggu yang lalu, TWICE kembali semula mendominasi pasaran muzik Korea menerusi album terbarunya, More & More.

Album ‘More & More‘ memperolehi jualan sebanyak 332,416 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, sekaligus mengenepikan Baekhyun EXO, VICTON, NCT Dream dan NCT 127 yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3, no.4 dan no.5 di dalam carta album Gaon. Dengan pembelian awal melebihi 550,000 unit menurut JYP dengan jumlah pungutan sebanyak 5.2 juta unit secara keseluruhan sejak ‘debut’ menurut data dikeluarkan oleh Gaon pada pagi tadi, ia sesuatu yang agak luar biasa mengenai pencapaian dibuat oleh TWICE selama ini. Akan tetapi, untuk rekod kumpulan kpop perempuan terlaris pada tahun 2020 di dalam seminggu, TWICE masih dibelakang IZ*One menyebabkan persaingan kedua-dua kumpulan ini agak genting memandangkan IZ*One juga akan mengeluarkan album mini terbarunya dalam masa terdekat ini.

Album mini kesembilan TWICE ini, ‘More & More‘ mengandungi tujuh buah lagu dengan ‘More&More’ dijadikan sebagai single utama. Bagi mempromosikan album tersebut, TWICE telah membuat persembahan di beberapa music show seperti Music Bank dan Music Champion, seterusnya memperolehi gelaran juara mingguan .

Sumber: gaon, hanteo, heraldpop

loading...