Dilraba Dilmurat diterjah peminat obses yang mahu melamarnya secara langsung di depan TV

Image may contain: 4 people, closeup

Dilraba Dilmurat, pelakon China yang disyaki beragama Islam daripada keturunan etnik Uighur, diterjah peminat obses yang mahu melamar untuk berkahwin dengannya di dalam satu kejadian tak disangka-disangka disiarkan menerusi TV secara langsung.

Kejadian itu berlaku sewaktu Dilraba Dilmurat sedang membicarakan temubual ‘Day Day Up’ bersama dengan hos Wang Han, Wowkie Zhang dan Wang Yibo untuk mempromosikan hasil-hasil tani. Lelaki itu dilihat menerjah Dilraba sebelum ianya cepat-cepat ditahan oleh Wang Han yang berada berhampiran dengan Dilraba. Lelaki itu kemudiannya diusung keluar oleh pekerja yang bertugas selepas dia tak mahu beredar dari situ.

Kelab peminat Dilraba kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawasanya lelaki itu sudah dibawa ke pihak polis untuk disiasat dan mendesak pihak studio supaya memastikan keselamatan Dilraba lebih terjamin di masa depan.

Dilraba Dilmurat dinobatkan antara barisan pelakon paling popular di China disebabkan kecantikan dimilikinya. Beliau banyak membintangi drama-drama China seperti Eternal Love dan Eternal Love of Dream, menyebabkan namanya bukan saja dikenali di China malah di Malaysia sekalipun.

Sumber: dramapanda

loading...