Dituduh jadi kaki buli di sekolah, Woolim tampil nafikan Cha Jun Ho X1 pernah berbuat demikian

Image may contain: 1 person

Cha Jun Ho, bekas ahli X1 dan finalis Produce X 101, dituduh pernah membuli seseorang di sekolah pada suatu masa dulu menurut hantaran dibuat oleh netizen menerusi satu laman komuniti forum. Netizen A itu mendakwa pernah dibuli oleh Cha Jun Ho sehingga mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Woolim Ent. tampil menafikan desas-desus berkenaan dengan menganggapnya sebagai tohmahan terhadap anak buahnya itu. “Kami memerhatikan beberapa artikel sedang menyebarkan kenyataan seseorang diambil daripada satu hantaran dibuat di laman komuniti forum. Kami mengesahkan berita itu tidak betul dan kandungannya tidak berasas. Maka dengan ini, kami akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi imej anak buah kami,” kata jurucakap agensi itu dalam satu kenyataan rasmi.

Sejak X1 terbubar, Cha Jun Ho kini lebih banyak menumpukan sesi pembelajaran di dalam Hanlim Multi Art School di Seoul selain sedang berusaha untuk memperbetulkan teknik nyanyiannya.

Sumber: money today

loading...