Byung Chan VICTON akui sakit tengkuk dialaminya sudah semakin surut sekarang

Image may contain: 3 people, people sitting

Choi Byung Chan VICTON ditemani oleh Yuvin MYTEEN menceritakan keadaan kesihatan terkini berhubung sakit tengkuk dialaminya beberapa bulan yang lalu.

Dalam temubual bersama MBC FM4U di bawah kelolaan DJ Kim Shin Young disiarkan pada 9 Jun 2020 hari ini, Byung Chan ditanya kemungkinan untuk bangkit semula setelah bergelut dengan sakit tengkuk sehingga menyebabkannya tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berat.

“Pada masa itu, tengkuk saya terasa sakit sangat dan tidak dapat bekerja. Jadi, saya rehat selama 2 hingga 3 bulan. Sekarang, saya sudah semakin pulih,” katanya menyakinkan peminat bahawa dia bersedia untuk membuat kemunculan semula di atas pentas bersama VICTON. Buktinya, Byung Chan dillihat menemani rakan-rakan VICTON yang lain ketika membuat persembahan di beberapa “music show” terkemuka.

VICTON sedang mengeluarkan single kedua berjudul ‘Mayday’, menyusul album ‘Continuous’ yang dilancarkan pada Mac lalu.

Sumber: heraldpop

loading...