[Gempar] Hyuna akhirnya sambut pinangan EDawn setelah hampir 6 tahun bercinta

Hyuna mendedahkan bahawa dia telah menerima pinangan daripada Edawn untuk melangsungkan perkahwinan mereka yang tertangguh selama ini.

Di dalam video yang dikongsikan oleh EDawn atau nama sebenarnya Kim Hyo Jong itu, Hyuna dilihat memakai sebentuk cincin dan ayat penyata, ‘Kahwin dengan saya?’ tertera di atasnya. Hyuna kemudiannya membalas video EDawn dengan menjawab, ‘Mestilah ya.’ Sejurus selepas itu, Hyuna memuatnaik gambar cincin yang diterimanya di laman instagram.

Gambr dikreditkan pada Grazia

Berikutan perkongsian video oleh kedua-dua merpati sejoli itu, netizen berpendapat bahawa kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi setelah menjalinkan hubungan percintaan selama enam tahun. Malah, video Hyuna menerima jambangan bunga ketika menghadiri kenduri kahwin kawan Edawn sekitar October 2021 itu turut tertular, mengiyakan tanggapan bahawa mereka mungkin sudah serius untuk berumahtangga.

Hyuna dan Edawn ialah pasangan selebriti yang sangat popular di Korea setelah kedua-duanya memutuskan untuk menghebahkan hubungan romantik di khalayak ramai meskipun pada mulanya mendapat tentangan daripada bekas agensi terdahulu, Cube Ent. kerana takut akan kecaman daripada peminat. Edawn yang merupakan bekas ahli kumpulan kpop PENTAGON itu, juga tidak langsung kekok berkongsikan gambar-gambar mereka berdua yang penuh kemesraan itu di laman sosial.

Sumber: instagram

loading...