Sejak berkahwin, ini kali pertama Chen EXO muncul di atas pentas demi menyambut kemenangan “Candy” Baekhyun

Image may contain: 4 people, people standing

Chen EXO membuat kejutan hadir di atas pentas SBS Inkigayo bagi menyambut kemenangan lagu “Candy” nyanyian Baekhyun EXO.

Chen dilihat mengenakan serkup ‘bennie’ berwarna hitam dan memakai penutup muka. Chen turut ditemani oleh dua lagi rakan EXO yang lain iaitu Chanyeol dan Kai. Difahamkan, ini kemunculan pertama Chen di atas pentas selepas membuat pengumuman bahawa dia sudah berkahwin dan memiliki seorang anak. Chen seolah-olah ‘digam’ untuk membuat kemunculan di dalam mana-mana siaran tv kerana bimbang dengan kecaman daripada sejumlah besar peminat yang tidak berpuas hati dengan berita pengumuman berkahwinnya tempoh hari.

Kemenangan di Inkigayo ialah kemenangan ketiga Baekhyun berturut-turut di atas pentas, yang mana pertama kalinya menerusi Show Champion dan keduanya menerusi KBS Music Bank, setelah mengambil keputusan untuk membuat persembahan solonya bagi mempromosikan album ‘Delight’ yang kini jualannya sudah pun mencecah lebih 700,000 unit. Sebelum ini, NCT 127 dilihat terkinja-kinja di atas pentas Music Bank sehingga mendapat sorakan daripada hadirin ketika menyambut kemenangan Baekhyun.

Sumber: heraldpop

loading...