Dianggap kalangan selebriti kpop paling lebar bahunya, Lee Chan Won buktikan saiz Kang Daniel memang 54.6cm

Image may contain: 3 people, text

Kang Daniel seakan-akan berpuas hati dengan kelebihan tubuh badan dikurniakan ke atasnya terutamanya berkenaan keluasan lebar bahu yang dimilikinya.

Di dalam program bual bicara bersama MBC Omniscient Interfering View disiarkan pada 6 Jun 2020, Lee Chan Won, penyanyi trot begitu kagum dengan kesempurnaan tubuh tabah yang dimiliki oleh Kang Daniel. “Saya memang tahu sangat pasal Encik Kang Daniel ini. Tingginya 180cm, lebar bahunya ialah 54.6cm. Lebar bahunya no.1, paling panjang di kalangan idol-idol. Saya datang dari Busan, begitu juga Kang Daniel yang juga seusia dengan saya,” kata Lee Chan Won dengan begitu yakin sekali.

Sambil menunjukkan bahunya seakan-akan tidak percaya, Kang Daniel berkata, “Ye ke? Tapi dia kata memang lebar.”

Kemudian, Kang Daniel mahu bergambar bersama Lee Chan Won. “Ibu saya peminat dia,” akui Kang Daniel di hadapan hos lain.

Bagi yang mendahagakan kemunculan Kang Daniel di atas pentas, penyanyi ini akan akan menyertai konsert ‘online’ “KCON:TACT 2020 Summer” yang turut dibarisi beberapa kumpulan kpop popular lain seperti Mamamoo, Astro, AITS, Bandit, Cheongha, Cravity, Everglow, ITZY, JO1, Kim Jaehwan, Oh My Girl , OneUs, On&Off, SF9, Stray Kids, Tomorrow By Together (TXT), VeriVery, selain AB6IX, Girlfriend, Golden Child, IZOne, , Monsta X, Nature, Pentagon, The Boyz, dan juga TOO. Konsert tersebut akan disiarkan di Youtube selama seminggu bermula 20 hingga 26 Jun 2020 ini.

Sumber: newsen

loading...