Jung Woo Jin akan dipasangkan dengan Binnie Oh My Girl untuk drama korea terbaru, Sometoon

Image may contain: 2 people

Binnie Oh My Girl dan pendatang baru, Jung Woo Jin akan membintangi drama web terbaru “Sometoon”.

“Sometoon” yang bergenrekan romantik komedi, berkisarkan tentang Seo Ye Jin (lakonan Binnie Oh My Girl) yang menemui kawan-kawan ‘maya’nya menerusi aplikasi ‘Friendly Brick’ dan menganggap mereka sebagai potensi kekasih hati. Jung Woo Jin akan membawakan watak ahli studio kelas, Noun manakala seorang lelaki bernama yang seringkali ditemui oleh Seo Ye Jin, Cha Yeon pula bakal dipegang oleh pelakon Ki Tae Hwa.

Binnie pernah membintangi drama sebagai pelakon pembantu sebelum ini, KBS Sungkyunkwan Scandal dan Naver TV Living With A Ghost manakala Jung Woo Jin pernah membuat kemunculan sebagai penyanyi misteri di dalam ‘I Can See Your Voice 7’.

“Sometoon” akan disiarkan di Youtube mulai 23 Jun ini, pada jam 6 petang setiap hari Selasa dan Khamis.

Sumber: money today

loading...