Baekhyun EXO tumbangkan Monsta X, Kim Woo Seok, NCT Dream & Park Ji Hoon raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 14 people, child

Sukar untuk menidakkan kehebatan Baekhyun EXO sebagai artis solo paling berpengaruh di Korea dewasa ini. Beliau telah pun mencipta rekod dengan satu album solo terlaris dalam seminggu sekurang-kurangnya untuk lebih dua dekad di Korea.

Menerusi album ‘Delight’, yakni album solo keduanya menyusul selepas ‘City Lights’, Baekhyun EXO telah pun mengenepikan Monsta X, Kim Woo Seok, NCT Dream, dan Park Ji Hoon yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3, no.4 dan no.5 di dalam carta album Gaon minggu ini. ‘Delight’ memperolehi jualan sebanyak 704,257 unit menurut Hanteo, sekaligus mengatasi rekod yang pernah disandang oleh Kang Daniel menerusi album solo sulung, ‘Color on Me’. Pencapaian ini juga meletakkan beliau salah seorang artis solo Korea paling laris untuk 2000-an ke atas dengan dua album solo terkumpul saja sudah mencecah lebih 1 juta unit. Album ‘Delight’ melahirkan single ‘Candy’ untuk tatapan peminat.

Sementara itu, album ‘Fantasia X’, buah tangan terbaru daripada Monsta X pula hanya mampu memperolehi jualan sebanyak 118,596 unit, lebih sedikit daripada jualan album solo ‘debut’ Kim Woo Seok, bekas ahli X1, iaitu ‘1st Desire [Desire]’ yang meraih kutipan sebanyak 86,208 unit di dalam seminggu. Manakala, album ketiga Park Ji Hoon, ‘The W’ pula meraih jualan sebanyak 77,148 unit meletakkan bekas ahli Wanna One ini di posisi keenam selepas Kim Woo Seok, Kim Jaejoong JYJ, Suho EXO, Kang Daniel dan Baekhyun EXO untuk artis solo terbaik bagi pertentangan awal tahun 2020.

Sumber: gaon

loading...