Suga pecahkan rekod Nam Joon dan J Hope, artis Korea pertama berjaya tembusi Top 20 album terlaris seminggu di Amerika Syarikat

Album solo kedua Suga BTS, ‘Mixtape D-2’ berjaya melakarkan sejarah di dalam carta Billboard bertempat di Amerika Syarikat.

Berdasarkan Billboard Charts, “D-2” telah mencapai kedudukan no.11 Billboard 200 seminggu selepas dilancarkan. Beliau memecahkan rekod rakan sekumpulannya juga, JHope dan NamJoon menjadi artis solo Korea pertama dengan kedudukan tertinggi di dalam carta Billboard 200, sekaligus meletakkannya artis dengan top 20 album terlaris di Amerika Syarikat di dalam seminggu. Rekod sebelum ini dipegang oleh Nam Joon yang berjaya mencapai posisi no. 26 pada tahun 2018. Begitu juga dengan JHope menerusi album “Hope World” juga berjaya mencapai posisi no.38 di dalam carta tersebut.

Sebelum ini, “D-2” juga telah pun mencipta rekod sebagai artis solo Korea pertama dengan kedudukan tertinggi di dalam UK Album Charts pada posisi no.7.

Sumber: Billboard

loading...