Ahmad Bo Gum dikerahkan ke markas Tentera Laut bermula Ogos ini

Image may contain: 1 person, closeup

“Ahmad Bogum”, gelaran manis diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelakon Korea Park Bo Gum, akan menyertai khidmat ketenteraan bermula Ogos ini dan tarikhnya telah ditetapkan pada 31 Ogos 2020 ini.

Park Bo Gum difahamkan akan memulakan perkhidmatan di Pusat Latihan dan Didikan Tentera Laut di Changwon, selatan Gyeongsang untuk beberapa minggu sebelum dikerahkan ke kem utama tentera laut bertempat di Bandar Gyeryong.

Pada 2 Jun 2020 lalu, Blossom Entertainment memaklumkan bahawa Park Bo Gum memohon untuk menyertai barisan kugiran tentera laut di dalam pengkhususan piano. Perancangan itu dibuat memandangkan beliau mempunyai kelebihan di dalam bidang muzik setelah belajar mengenainya di Myongji University, malah diberi peluang berlakon sebagai pemain cello di dalam drama KBS Naeil Cantabile selain menyumbangkan suara untuk OST KBS Moolight Drawn By Clouds. Permohonannya telah pun diterima dan direstui sepenuhnya.

Bagaimanapun, Blossom Entertainment memohon jasa baik netizen untuk tidak menanya lebih lanjut mengenainya berikutan situasi yang mungkin boleh berubah kerana bergantung kepada keputusan diperoleh olehnya.

https://kmaniamy.com/wp-content/uploads/2019/03/CollageMaker_20190331_105210515-768x432.jpg

Park Bo Gum pernah menggemparkan rakyat Malaysia dengan “rendition” Belaian Jiwa-nya sehingga menggelar ketika membuat persembahan solo di Malaysia pada awal tahun 2019.

Park Bo Gum akan membintangi drama tvN “A Record of Youth” yang ditayangkan beberapa bulan saja lagi.

Sumber: Joongang Ilbo, korea herald

loading...